Monday, September 24, 2012

Nugget Masterchef



 suspenkan dengar tajuk cam tu... ?




Inilah nugget ayamas. 
nugget segera, keluar dari fridge goreng jer.

 nugget ngan fries ni atas permintaan alya semalam..
Kunyah sambil layan masterchef musim ke2.
hehehe............




Hari Ahad..




Oleh kerana bekfes pagi kelmarin dah makan lewat, makan lak nasi lemak.
Huhhh, memang berlemak-lemak la kekenyangan...

Hari ahad kemarin mas masak untuk tengahari bersamaan ngan makan malam.
Makan pun dah pukul 5 petang.....


 
~ masak lemas ikan gelama ~



 ~ ayam masak paprik ~



 ~ ulam pucuk janggus & sambal belacan ~





nyum.. nyum........ ^____^



 

Saturday, September 22, 2012

Santai Malam Minggu






Muka marah Kak Long kerna rakamkan aksinyer yang sedang syok tengok tv..








gaya per ntah yang adik wafiy buat...






Bihun Singapura






Bihun goreng singapura untuk minum petang pada hari cuti...
skema ayatnya kan?



Friday, September 21, 2012

SURAH TAHA (AYAT 1- 5)


SURAH TAHA (AYAT 1- 5) MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS DAN

SEBAGAI DOA PENDINDING DIRI.



Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

doa melembutkan hati


 
Maksudnya:
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad)
    supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar
    perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.



Bacaan Untuk Anak/Suami
Yang Degil Yang Tak Mahu Solat

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...

Wasallam...


sumber : Google.

 

Amalan Supaya Anak Mendengar Kata



Sabda Rasulullah s.a.w : "Di antara tanda hampir berlakunya kiamat anak² menjadi berani melawan (menderhaka) kepada orang tua." - Riwayat At-Tabrani.

Insya-allah dengan sedikit usaha dan amalan dapatlah kita menjadi ibu bapa yang mempunyai ketenangan jiwa raga kerana mempunyai anak yang patuh dan mahu dengar kata.

  • Cium ubun² di kepala anak setiap hari sambil membaca selawat dan berdoa anak menjadi baik.
  • Baca Ya Latif setiap malam ketika anak tidur dan tiup dari kepala hingga ke kaki sambil berdoa anak menjadi lembut hatinya.
  • Apabila teringat anak segera berdoa untuknya kerana sesungguhnya mereka sedang memerlukan doa ibu bapa.
  • Amalkan surah Toha ayat 1-5 dan tiup pada air untuk diminum oleh anak setiap hari.
  • Sentiasa berkata yang baik² kepada anak walaupun dalam keadaan marah (paling hampeh pun cakaplah bertuah punya anak - moga² bertuah nasib anak).
  • Berdoa dan bercakap yang baik² ketika memasak hatta yang dimasak itu mee maggi sekalipun agar makanan itu menjadi penyebab anak lembut hati.
  • Lebih baik suruh anak makan masakan kita sendiri berbanding dari kedai sebab kita tak tahu sikap dan kebersihan tukang masak kat kedai (kalau dia jenis orang yang meninggalkan solat hambekk kau).
  • Dirikan solat hajat setengah jam sebelum masuk waktu subuh. Setelah itu letak tapak tangan kanan ke bahagian jantung anak dan bacalah Ya Fattah 71 kali dan kemudian berdoa agar Allah buka pintu hati anak. Insya-allah.
**  
Mendidik anak-anak yang sedang membesar pada zaman yang serba moden serta canggih sekarang sememangnya sangat mencabar...

Kadang-kadang Mas pun geram sangat, bila anak-anak tak mau dengar cakap..
lebih-lebih lagi tengah asyik nengok TV.. cakap kita tak diendahkan langsung.....


Thursday, September 20, 2012

Merempit..



Jangan tiru gaya & aksi cam ni tau.....

 










Udah namanya pun anak lelaki..
memang lasak!


Wednesday, September 12, 2012

Lirik Lagu Muara Hati


 

Lirik Lagu Muara Hati

(Siti Nurhaliza & Hafiz Lagu Tema OST Adam & Hawa)



Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..........



Monday, September 10, 2012

Apa-pa ajer...




adik wafiy pakai tudung akaknya......



 malulah pulak.......



 tak cover langsung kak long nak berposing..
kembang idungnya...... hehehe...




pa motifnya posing cam ni........
nak wat mulut itik, sampai senget muka2.....


Ikan Siakap Masak 3 Rasa




Mencuba masak ikan siakap 3 rasa...
Resepi sendiri jer, main campak2 jer....
sedap gak rasa nya...
pedas-pedas masam manis rasanya......


 ikan yang telah siap digoreng......
tunggu sosnyer jer.....




siap dah......



Tuesday, September 4, 2012

Kak Long @ Kak Alya




Kak Long @ Kak Alya, Gelaran untuk Alya..
Kak Alya dah boleh diharapkan..
cer tengok.. Kak Alya tolong pakaikan adik wafiy pampers..


 



dah macam2 cara nak ajarkan adik wafiy supaya tak pakai pampers.
Yerla kan dah 3 tahun..

Penah satu hari tu, mas tak pakaikan dia pampers. Sedang asyik main basikal kat luar rumah, tetiba dia masuk bagitau kat mas;

Adik Wafiy : Ibu, adik yak (berak)

Ibu : cepat2 masuk dalam toilet

Adik Wafiy : dak, adik yak dah (berak dah), adik yak kat luar.... (kantoi)

Ibu : adik berak kat mana? Kan ibu dah cakap, nak berak bagitau. Kena berak dalam toilet...

Adik Wafiy : Adik yak la, ni adik bagitau la...


hahahaha...... ibu yang terkena.
Tak pasai ibu lak yang kena cuci kat luar.... hehehe






Monday, September 3, 2012

N3 yang terlewat....



orang lain dah abih dah pun update citer pasal hari raya...
mas pun tak nak ketinggalan jugak......
cuma terlewat jer... hehehe...













ni jer yang sempat, gambar sefamili tak amik pun..
jangan kata famili, gambar tuan tanah pun tak ada :(
Alya + Wafiy dan sepupunya...

Lemang @ 13 Syawal




Kerana Hari Raya tak dapat makan lemang,
makanya 13 Syawal baru dapat makan lemang..




Lemang + Rendang Daging + Serunding Daging

Abah beli lemang sebatang jer, saiz kecil.
malam tu sekali hadap jer licin..
raca cam puas la pulak.....



3 Syawal



Sambung cerita tetamu istimewa
Hari Raya ketiga mas terima tetamu istimewa...
jeng !! jeng!!. ........... My BFF
Malam sebelum tu, punyala bersms bagai nak rak,
tapi dia tak maklum pun nak datang penang.

Tiba-tiba lebih kurang jam 10.00 pagi tel
kata nak datang umah....
baik punya plan katanya...

Apa lagi, mas jadi cam lipas kudung la jawabnya..
rumah bersepah, baju berbakul tak basuh lagi,
baru semalam balik dari “kampung”,
anak2 lak tak bangun lagi sebab semalam tidur lewat, dahla tidoq pun kat hall jer....

Nak hidang apa ni?
Stok dalam peti ais dah abih..
ada ayam jer..
goreng bihun jer lah... terus rendam bihun,
suruh en. Suami tolong gi beli sayur ngan apa2 yang patut...

Cerita pasal my BFF ni...
kami kenal cuma dalam tempoh setahun jer..
tapi rapat sangat
tahun 1996 masa mengulang SPM kat MABM.
Kami tinggal di asrama, satu dorm ada 8 orang..
memang best, kami jadi cam adik beradik,
(Umy, Kak Chaq, Along, Ateh, Alang, Angah, Acu, Adik)
 – Gelaran kami kat asrama..
Kalau diimbau kenangan lalu, syiok sangat..
makan megi pun berkongsi... ala-ala round table gitu..
Sampai sekarang masih lagi berhubungan, cuma angah jer tak dapat dikesan..
Nak wat jejak kasih nanti.......... ehehehe

                                               Adik (midah) & Mas (alang)



dah lama kami tak berjumpa, cuma berhubungan melalui fon dan fb jer...
Rasanya hampir 7 tahun pa kami tak jumpa..
last mas jumpa dier masa gi majlis perkahwinan dier lebih kurang 7 tahun yang lepas..
sekarang dier dah 3 orang anak....
BFF mas ni asal gerik, kerja kat KL,
Husband dia lak orang sarawak.
Dan dier lah jadi pengapit mas masa bertunang dan majlis perkahwinan kat umah mas 8 tahun yang lalu......






nanti-nantilah mas uploadkan gambar kenangan kami.... so sweet..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...