Semenjak disahkan pregnant sebulan yang lalu, baru hari Isnin yang lepas Mas ke klinik Kesihatan untuk buat buku merah. Memang kena getahlah, baru buat buku terus kena admit kat haspital......
Mas ni memang yang jenis yang penakut sikit @ darah gemurah pun jugaklah... Walaupun ni anak yang ketiga, perasaan takut tu masih ada...
Meh dengaq episod kena admit.... heehee..
Pagi isnin tu (22/4/2013) siap tarikh gitu ha, xcited nak cerita la ha...
Pagi tu cam biasa, mas pergi kerja dulu, punch kad, sarapan roti telur bakar. Roti telur bakar ni mas buat atas permintaan Alya nak bawa sarapan gi sekolah, so mas pun buat 6 keping, 4 untuk Alya, 2 untuk mas..
Sambung balik cerita mas, lepas sarapan roti, lebih kurang jam 8.30 pagi mas pun keluar menuju destinasi yang digeruni... memang takutpun, dari awal lagi dah berdebar-debar jantungku ini....
Setelah ambil no giliran, kena la pula tunggu sampai no giliran mas... masa menunggu tu agak lama.. Kemudian mici kat bilik depan tu panggil nama mas, untuk buka buku baru, kena timbang berat, ukur tinggi kemudian kena wat ujian air kencing (UPT) kerana mas punya result scan yang wat kat klinik swasta tu hilang dalam simpanan. Memang prosedur katanya kalau tak dak result scan tu, kena wat ujian air kencing...
Tiba masanya no giliran mas dipanggil... dengan gementar mas melangkah masuk dalam bilik No. 5, setelah selesai disoal siasat, periksa itu ini bagainya... kemudian check tekanan darah, mici tu diam jer.. mas cam biasalah lah gedebuk gedebak... mudian dia check lagi sekali.... tinggi ni katanya..
mas pun tanya balik, brapa? 150/90. Mudian mici tu suruh dok rehat jap, nanti check balik... hampir 15 minit jugak menenangkan perasaan.. kali ketiga, mici tu check lagi.... jeng..jeng...jeng.... 156/90.
Penangan darah gemeruh dan perasaan takut mas...
Kemudian mici tu kata, kita masuk jumpa doktor lah, sebab memang tinggi, mici tu pun teranglah kesan dari tekanan darah tinggi pada ibu dan anak yang dikandung.. ngeri bila dengar.
Masuk lah mas jumpa ngan doktor, mula-mula doktor sembang-sembang, kemudian agak lama baru dia repeat balik tekanan darah, 160/90. lagi naik membuak-membuak... Kena masuk wadla jawabnya..
Terus Doktor call HSJ, doktor SHJ sahkan kena admit wad 4... Doktor tu tanya, “puan datang dengan siapa? “Bawa kereta. Jawab mas. “Takpa keta tinggal kat sini, p dengan kami, puan telefon husband, nanti minta dia datang amik kereta, tak pa parking dalam klinik selamat. Kalau pesakit cam ni memang kami tak bagi dia pergi sendiri,” kata doktor.
Tengahari tu, terciplah sejarah dalam hidup, naik ambulance.... rasa lucu pun ada jugak
Kenalah bermalam kat HSJ ari tu... tapi dari masuk sampai malam, memang darah tak mau turun-turun... pas tengah malam misi datang check baru turun, tu pun kejap turun,kejap naik...
Keesokkannya, petang cam tu baru discaj, masa nak discaj tu, check lagi sekali 117/80... Alhamdullillah......... sekarang ni kena la makan ubat sehari 3 kali......
Pas tu sekarang ni, kena gi check tekanan darah selang sehari kat klinik kesihatan, sampai temujanji ngan doktor 8/5...... penat akak tau!!!!! tapi apapun kena redha, sudah ditentukan olehNya, Kebahagian, Kesihatan.........