Monday, October 29, 2012

Santai Kenduri........




Kelmarin mas gi kenduri aqiqah anak adik Ipar mas
di Kampung Melayu, Penang.

P pun dah lewat, jam 2.30 petang baru bertolak dari rumah,
sampai lak atas higway dari Permatang Pauh menghala ke Juru,
jalan jem giler...

Yer la kan, orang dah bergerak pulang ke kota lepas
sambutan hari raya aidiladha...

Dah puas makan kenyang-kenyang, bergerak la pulang.
Masa balik tu, ikut feri.. Dah alang-alang balik ikut feri tu,
bawa la anak-anak gi lepak kat padang kota dulu..
Pas gi Kenduri, kita gi santai-santai lak.......

Mas gi sana dua buah kereta, adik ipar no. 2 ngan fimilinya...






















Sunnah Ketika Minum



 

 

 

Sunnah Ketika Minum



1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutaun.
(Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya.
(Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri.
(Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam.
(Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum.
(Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil.
(Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak.
(Bukhari & Muslim)



sumber : Google

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil Adha 1433H






Semalam mas dapat emel dari rakan pejabat berkenaan Hari Raya Aidil Adha. Mas tertarik dengan tazkirah beliau. Meh kita kongsi sama-sama tazkirah beliau untuk penghayatan kita semua....


TAZKIRAH RINGKAS SEMPENA HARI RAYA EIDUL ADHA 1433H
UNTUK INGATAN SAYA SERTA MUSLIMIN MUSLIMAT SEMUA...

1.   Bagi yang mampu korban, makruh bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan korban selesai dijalankan.

2.   Disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah (Hari wukuf di Arafah).

3.   Pada hari raya, disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, sunat menunaikan sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

4.   Pada kebiasaannya, solat sunat Eidul Adha dipercepatkan sedikit berbanding solat sunat Eidul Fitri. Hikmahnya adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Manakala dilewatkan sedikit solat sunat Eidul Fitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

5.  Sunat bertakbir sepanjang 10 Zulhijjah hingga hari-hari tasyrik (11- 13 Zulhijjah). (Takbir selama 4 hari...)

6.   Disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas solat, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid atau di rumah sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

7.  Binatang yang lebih afdhal dikorban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri- biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin. Hanya binatang ternak berkaki empat (an’am) sahaja yang dibuat korban.

8.    Korban 1/7 bahagian hanya untuk ternakan yang lebih besar seperti unta dan lembu. Tidak boleh untuk kambing / kibasy.

9.   Sebahagian ulama’ berpendapat daging korban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berkorban.

10.   Daging korban tidak boleh dihadiahkan khas sebagai upah kepada tukang sembelih/tukang lapah tetapi jika berupa wang atau barangan lain diharuskan. Ini berdasarkan tegahan Rasulullah. Tetapi jika diberikan daging korban tersebut samarata seperti orang lain, adalah diharuskan. Daging korban ditegah untuk dijual beli. Hanya untuk diagih dan dimasak / makan sahaja.

11.   Lebih afdhal jika orang yang melakukan ibadah korban menyembelih sendiri binatang korbannya dan dibaca doa seperti berikut sambil berselawat dan bertakbir:
“Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”

Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:

“Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”

Hadith 1:

Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Eidul Adha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Hadith 2:

"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)

Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaAllah. Wallahua’lam.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf zahir dan Batin.





 

Monday, October 22, 2012

81 Rahsia Tahi Lalat

 
 
 
Rahsia Tahi Lalat

 
1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
 
5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana


sumber : En. Google

 
 
 

Tuesday, October 16, 2012

Botak











Wajah senang hati selepas dibotakkan kepala..

 
^____^


 



Prestasi 2011


 Kelmarin ada program Majlis Penghargaan Prestasi 2011
di Eastin Hotel.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT.......
2 tahun berturut-turut dapat penghargaan ni... > Tahun 2010
Insyaallah.....
moga dapat terus berusaha lagi pada hari-hari seterusnya............
aminnn....


^____^








Puding Lapis Jelly


Puding Lapis Jelly

Sumber : Kak Yatie

 







 

Bahan-bahan
  • 1 cwn susu cair-Yatie guna 1 tin susu cair dlm 400ml
  • 1 cwn jagung krim
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn tepung kastad
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 5 cwn air
  • @ 1 kotak instant jelly perisa rasberry/strawberry/limau
  • @fruit cocktail-toskan airnya

 

Cara-cara

  1. Masak 6 bahan pertama hingga mendidih dan pekat. Masukkan kedalam bekas yg disukai.
  2. Masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan masukkan keatas lapisan puding.
  3. Hias dengan fruit cocktai. Sejukkan.

Sejukkan dalam peti...


Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 cwn air
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan tuangkan adunan jelly diatas permukaan puding dan taburkan fruit cocktail yg telah ditoskan tadi.


    Ikan Bawal Goreng




    Hari ahad lepas, tingin benar nak makan bawal goreng..
    Kejutkan putera & puteri kat umah ni bangun pagi, nak p cari ikan bawal kat market la,
    konon-kononnya nak goreng cam kat gerai ikan bawal yang popular kat juru tu...

    Punya la susah nak bangunkan alya ngan wafiy bila hari cuti...
    cam ni lah... cam tu la... ayong mandi dulula... nak mandi ngan ayong la... hahh
    macam-macam karenahnya....

    Sejak kebelakangan ni, kami makan tengahari di waktu petang. Cam na tu?
    Pagi dah bekfes yang heavy..
    perut pun masih kekenyangan, kesudahannya,
    mas pun lewat-lewatkanlah makan tengahari tu....

    Balik cerita pasal ikan bawal, fuh memang sedap
    makan panas-panas..
    Inilah dia ikan bawal goreng yang dimakan ngan cili, kicap, hirisan bawang dan perahan limau... wallaa....





    Tak kan nak makan nasi ngan ikan goreng jer kot...
    perlula ada kuah sama, betul dak?




    Sambal sotong.


     


    Thursday, October 11, 2012

    Bunga Sumi..



    Entry menayang-nayang hasil kerja tangan...

     


    Hantaran ni yang mas buat untuk majlis akad nikah adik sepupu mas yang berlangsung pada 5 Oktober 2012 yang lepas.
    Amin & Izzati
    Mas tak dapat gi sebabnya hari jumaat kan kerja...
    Mas siapkan hantaran ni jam 1.30 pagi..

    Malam, balik kerja baru nak buat..
    Nak start buat awal tak leh, nanti ada saja “pembantunya”...
    Ni pun masih ada “pembantu” yang sudi membantu dan
    menemani mas di tengah malam.....
    
    
    cer tengok tangan "pembantu" yang nak jugak enterprem

    siap....
    simple jer.......




    Mangsa Buli




    Cam ni ler tiap-tiap hari...
    pantang tengok abah relax jer, mesti diterjah dek anak-anak..






     
    Lagi takut tengok, kalau abah tengah baring, adik wafiy suka terjun atas perut, katanya nak lawan ngan abah..
    nanti dia wat la aksi-aksi ultramen gitu.
    "atomennn awan ngan aksasaaaa... " yeahhh, dushh... dush...
    (Ultraman lawan ngan raksana)
    konon-konon dia la ultramen, abah lak raksasa...


    kalau ditanya kepada adik wafiy; tak kesian ke kat abah, dok pukul cam tu?. Spontan jer menjawap; dak...
    anak lelaki kot no, memang lasak gitu..


     muka puas hati.......




    Yang syioknyer bila abah suruh adik wafiy lawan ngan ibu pulak,
    jawapannyer;
    tak maulah nanti ibu cubit....
    hahhahhh, garang dak ibu dia?









    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...