Sunday, May 27, 2012

Percutian di Pangkor – Hari Kedua (Part III)



Entry yang terakhir tentang percutianku... hehehe...

Sudah puas budak2, mak2 & bapak2 budak ni mandi, kami bertolak balik ke hotel..

menurut mamat India tu, kebiasaan pada awal tahun sempena Chinese New Year, air laut di Pantai Coral akan surut dan boleh berjalan kaki jer ke tempat kami mandi manda tu.  Terdapat beting pasir di kawasan tersebut.  walaubagaimanapun sebelum tengahari dan sebelum air pasang kena patah balik semula ke pantai Coral Beach... kalau tidak terdamparlah di pulau tu sorang2....
Dashyatkan!

On the way balik, sesudah mandi.
Kita layan jer la koleksi gambar kenangan.......


























Setibanya di hotel, budak2 diberi peluang terjunan terakhir... kolam renang lak....


selepas Check Out 12.30 tengahari, kami bergerak terus ke Jeti. Hajatnya nak ke Teluk Batik pula...
Kami naik bot dari Pangkor dah jam 3.00 petang. Dah sampai kat jeti Lumut, gi shoping lak kat situ.... beli hasil laut...



Kesesakan...
Dapat naik bot yang keempat..




Lepas tu, terus bertolak ke Teluk Batik.. Di situ, mak, mak mertua & adik ipar mas beli baju muslimah. Murah sangat. Mas yang frust sangat sebab, baju yang mereka beli tu jauh lebih murah daripada yang mas beli kat pangkor tu.. sejibik cam tu, wei...
geram sangattt....



nasi goreng ikan masin...
feveret alya


Kami dok relax kat situ lama la jugak, pas makan2 terus bergerak balik....
Masa balik tu kami ikut jalan Ipoh....... Sampai qhumah pun dah jam 10.00 malam.....
sekian, episod percutian kali ini untuk kenangan anak2 dimasa akan datang..........
Tunggu nyer anak-anak..
Insyaallah percutian akan datang..

Thursday, May 24, 2012

Kuih Lopis Ibuku..




Salam Hari Khamis...

Semalam seperti biasa, balik kerja amik alya kat umah mak dulu...
Kebetulan En. Suami kerja half day, En. Suami ada pemeriksaan kesihatan. Memandangkan balik awal, en. Suami terus amik adik wafiy dan baru amik mas kat jetty bagan.. kemudian baru gi amik alya...

Masuk jer dalam qhumah, terus mak cakap yang mak wat kuih lopis.
HHHmmmmm memang my feveret la..
terus mak tapaukan... memang mak yang terbaik ler...
Leh kata selalu balik kerja mesti ada hidangan yang ditapaukan...
Terima kasih Mak..
Pengorbanan mak amat besar & dan akan tetap dihati anak2 selama-lamanya...



jemput makan........



 
my feveret.........




Hasil tangan istimewa mak mas...







Wednesday, May 23, 2012

Percutian di Pangkor – Hari Kedua (Part II )



Bersua lagi.......
Dah selesai kasi ikan makan, destinasi selanjutnya....


















memang cantik air kat sini, sesuai sangat untuk budak-budak....
memang dah cakap kat mamat tu, bawa tempat untuk kasi bebudak ni mandi..



















Layan gambar jer la..........
gambar menceritakan segalanya.............
cewwahhh.......
mengakulah memang dah malas nak taip la.....





Percutian di Pangkor – Hari Kedua (Part I)




Bersambung kembali, xcited nak abihkan jugak cerita percutian kami...

Memang bagus la mamat India tu, sambil bawa pusing-pusing, dia bagi penerangan tentang perairan kat pangkor ni....


Kami dibawa ke kawasan yang orang ramai sedang bersnorkling.... memang cantik jernih jer airnya....
Kami  berpeluang untuk lihat ikan & bagi ikan makan, budak-budak tu sronokla..





Mak bersedia untuk memberi ikan makan,
mamat india tu sediakan roti...


























Nasi goreng Ikan Masin di Hari yang Indah...


Xcited sangatkan dengar tajuk N3 kali ni kan?

Untuk 2 hari berturut-turut mas dapat peluang balik qumah awal.. yerla selalunya sampai qumah pun dah gelap..
Mas da kursus... so dapat la balik awal....

Udah alang-alang sampai awal, so sempatlah gak mas masak-masak....
Untuk malam semalam mas wat Nasi goreng Ikan masin...

Ikan masin tenggiri masin ni, mas beli masa p pangkor lalu....
Memang dah lama cari ikan masin ni, sebelum ni mas dah jumpa ikan masin kat kat Kedai LongWan Kepala Batas.. Dah amik and letak dalam bakul dah pun, tetiba alya perasan yang ikan masin tu tak der logo halal, terus letak balik...

ayat skema alya;

Alya :  Ibu, apa ni dalam botol ni?
Ibu  :  Ikan masin la, nanti leh watkan nasi goreng ikan masin... (Nasi goreng ikan masin memang feberet dia)
Alya ambil botol ikan masin tu, sambil membelek-belek...

Alya :  Ibu, tak dak tulis halal la... tak leh makan ni...
Ustazah kata, kita kena makan makanan yang halal saja,
sebab ia jadi darah daging kita.... Alhamdullillah anak ibu......

Dengar jer alya kata cam tu, terus mik letak balik. Memang betulpun, tak dak logo halal, mas pun tak perasan la pulak.. nasib baik alya nampak.. Selalunya, en. Suami yang rajin belek2 benda yang mas beli.. tapi kebetulan aritu, en. Suami tengokkan adik wafiy kat bhgn lain...











ikan masin yang mas guna....

Sunday, May 20, 2012

Hari Kesihatan KKTG..


Kelmarin Klinik Kesihatan Tasek Gelugor ada buat hari kesihatan.
Lebih kurang jam 8.10 pagi selepas En. Suami keluar pergi kerja, mas pun bergerak la ke sana dengan ditemani oleh hero & heroin pujaan mas.... hehehe.

Tengah drive keta, fon pula berdering, alya tolong jawapkan, katanya mak ngah kata nak start dah. Adik mas yang call, kebetulan dia kerja kat situ, so mas suruhla dia tolong daftarkan alya dulu....

Ada pameran kesihatan, gerai jualan dan macam-macam lagi.. masa mas tiba, baru nak start senamrobik.

Sementara alya mewarna kat dalam, mas ngan hero kecil ni gi jenjalan kat luar...





Tunggu arahan selanjutnya...... 



1.... 2.... 3..... start mewarna.


















Pertandingan gubahan tuala..........

Friday, May 18, 2012

Percutian di Pangkor – Hari Kedua (Part I)



Bersua kembali..
Masih bercerita kisah percutian kami sekeluarga di Pangkor....
Hari ini, Hari Ahad.  hari kedua kami di Pangkor..
Pagi tu bangun awal weh, ingatkan nak ajak en. Suami gi jenjalan kat pantai, sekali dia sambung balik tidoq la....

Jam 7.30 pagi, dah dengar suara riuh rendah, bebudak ni, nak gi mandi kolam lagi......
Biasala kan, askar-askar yang ramai ni, masing-masing berebut nak masuk bilik air lak...

Jam 8.30 kami semua gi sarapan dulu kat hotel, dengan ada budak2 ni yang masih belum mandi pagi, sebabnya mas yang cadangkan jangan mandi dulu, nanti kita p mandi laut, pastu baru mandi...

Selesai makan, kami semua gi jalan kat pantai. Dekat jer pantai ngan hotel tu...
Budak-budakla paling seronok kalau gi jalan-jalan ni...
Kami disapa oleh seorang mamat india ni, dia tawarkan menaiki bot untuk pusing pulau dengan bayara RM 200 untuk bot besar memandangkan bilangan ahli keluarga yang ramai..

Setelah dibincang-bincang & tawar menawar, kami dapat menaiki bot dengan bayaran RM170. 

 




  

getting ready to board the boat...... 
yeahhh.......... 










Mamat India tu bawa pusing-pusing dulu..
Dia bawa meninjau kat Pangkor Laut Resort ni, memang cantikla, biliknya kat atas air tu... 
menurut beliau, kat Pangkor Laut Resort ni, paling murah harga biliknya RM1200 hanya utk couple jer, kalau berfamili kat tempat lain, ok.


Pangkor Laut Resort








Budak baik, tak nangis pun naik bot...:)






  Batu yang dikatakan menyerupai seekor penyu..










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...