Tuesday, July 31, 2012

Alya @ 11 Ramadhan




Cepat benar masa berlalukan?
Kawan-kawan semua dah start ka membaking-baking kan kuih raya.....
ka mas jer yang ex-cited sangat nak wat kuih raya....

Sebenarnya mas pun belum start membakar lagi la, cuma dah beli barang jer la..

Berbalik N3 Mas,  sehingga hari ni, Alya masih lagi berpuasa penuh...

Yang seronoknya ada satu hari  tu... dia kerap benar masuk bilik air.  Bila ditanya alya wat pa dalam bilik air tu.. sambil senyum-senyum dia jawab hanya basuh muka, panas
katanya... hehehe... apa-apa pun tak pa la, janji dia belajar puasa..
















 Xtvt alya menanti waktu berbuka....



Sunday, July 29, 2012

10 Ramadhan




Menu bersahur mas pada hari ke 10 Ramadhan..
Memandangkan Cuti Hari Ahad, so dapatlah mas masak-masak sikit untuk menu bersahur.  Masak yang simple jer.. Sambal Sotong ngan bergedil daging..
Penambah selera makan ialah Ikan pekasam... yum..nyumm...













29 Julai & 9 Ramadhan





Hari ini hari Ahad, 29 Julai 2012 bersamaan 9 Ramadhan 1433H.

Pada hari ini, tarikh ini, tahun ini, adalah satu angka yang mempunyai persamaan antara Alya dan Wafiy... dan mas rasa hari ini yang amat bertuah pada Mas kerana pada hari ini tanggal 29 Julai 2012 adalah Hari Ulangtahun Kelahiran Adik Wafiy yang ke 3 (29 Julai 2009). Dah besar pun, rasa cam baru jer bersalinkan dia......

Dan pada hari ini juga, tanggal 9 Ramadhan 1433H adalah Hari Ulangtahun Kelahiran puteri sulung Mas, Alya yang ke 7 tahun mengikut tahun islam iaitu pada 9 Ramadhan 1426H bersamaan 13 Oktober 2005.....

Hepi besday ayong...........
Hepi besday adik wafiy.........

Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh & solehah serta berjaya dalam kehidupan serta tabah dalam mengharungi cabaran kehidupan kelak dihari mendatang......... amin..........


jom imbas kembali...


Alya, 1 bulan...



Alya, 1 tahun...




Alya, 2 tahun...
 



Alya, 4 tahun...





Alya, 6 tahun...
 




Wafiy, 1 minggu...




Wafiy, 1 tahun...



Wafiy, 2 tahun.....




Wafiy, 2 thn 7 bln.... 


Pas raya nanti kita celebrate yer........
tuntut janji kat abah tau.....




Saturday, July 28, 2012

8 Ramadhan



Cepat benar masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 8 hari kita berpuasa....
Rasa cam lama gak tak wat entry pasai makan-makan...

Ni nak tunjuk la menu bersahur mas pada hari ke 8 Ramadhan..
Tak la sepecel sangat pun. Menu dibuat atas permintaan Alya..
Tahun ni, sehingga 8 hari di bulan Ramadhan Alya masih lagi berpuasa penuh..

Menu yang simple dan senang disediakan...
Tak yah kalut-kalut masak banyak menu..










Nasi Goreng Ikan masin yang memang feveret dia la...




Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H




 

Dikesempatan ini, mas ingin mohon maaf kepada rakan yg mengenali diri ini sesungguhnya kita hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan yang sengaja atau yang tidak disengajakan, Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah.. dan yang buruk itu dari diri saya sendiri .....

Semoga kita semua dapat menjalankan Ibadah Puasa
kali ini dengan hati yang tenang & sabar..


Selamat Berpuasa  ^_____^







Wednesday, July 18, 2012

Kisah yang Menyentuh Hati.....



Pagi Kelmarin mas terbaca entry ni .. aliaharyanie



Kisah beliau sangat sayu, benar-benar menyentuh hati.
Beliau bangun setelah jatuh dan membina kekuatan diri dan ketabahan yang tinggi demi anak-anaknya..

Mas nak abihkan N3 ni pun agak lama... Mencari kekuatan diri, kerana setiap kali membaca kisah beliau pasti diiringi dengan air mata.. Mas kagum sangat ketabahan beliau melawan penyakitnya demi untuk anak-anaknya

Mas sedih sangat membaca entrinya, rasa cam tak sanggup nak membaca N3 yang lain, kerana terlalu sedih la..... Sebagai seorang wanita, seorang isteri dan seorang ibu, sudah tentu kisahnya melekat dihati mas..   Luahan hati, dimanakah tempat saya, kasih ibu
Dengan rasa rendah diri mas syerkan kisahnya untuk sama-sama kita hebahkan dan membantu beliau dari segi emosi dan semangat serta doa untuknya....

Andai ada di antara kita yang ingin membantu beliau dari kewangan amatlah dialu-alukan


Untuk Yani, akak berdoa semoga yani terus kuat dan tabah dalam mengharungi ujian yang datang....




Wednesday, July 11, 2012

Permudahkanlah urusanku.......


 

Pagi tadi, mas dapat satu panggilan..
Panggilan yang mas tak jangka akan diterima dalam tempoh waktu yang terdekat ini...
Panggilan yang sedikit sebanyak mengundang rasa debaran dihati..... (ewwahh bermadah la pulak..)
Walaubagaimanapun kena tempuhi juga pada esok hari kerana itu adalah satu pengalaman.......  ^_____^

 

Doa Dipermudahkan Segala Urusan






Maksudnya:

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"



mudah-mudahan urusanku pada esok hari dipermudahkan....
amin...amin... ya rabbal a'lamin...





Tuesday, July 3, 2012

NISFU SYAABAN



syaaban 001
 
Bulan Syaaban muncul lagi.....
5 Julai 2012 bersamaan 15 Syaaban 1433H.
Bulan Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Bulan Ramadhan.  Bersama-samalah kita merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban.

Nisfu Syaaban (bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke- 15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru dan akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.... 
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

Maksud doanya:
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)

Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)

Membaca Al-Quran.

Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)

Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.

Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.


Info : Dakwah



Sunday, July 1, 2012

Sotong Goreng Tepung










Sotong Goreng Tepung

Resepinya kat Sini




Ayam Goreng Kunyit




 

Ayam Goreng Kunyit

 

Bahan-bahan

  • Isi ayam di potong kecil
  • 1/2 batang carrot
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih di ketuk
  • Lada merah di mayang
  • minyak untuk menggoreng
  • 2 sudu makan Sos tiram
  • 1/2 sudu kecil garam, perasa & gula
  • Serbuk Kunyit

Cara-cara

  1. Isi ayam, garam, kunyit di gaul rata.
  2. Panaskan kuali, tumiskan bawahg putih hingga wangi dan masukkan isi ayam
  3. Goreng ayam hingga masak dan masukkan semua bahan2 lain, gaul rata
  4. Siap.. mudah jer kan?

Tomyam Ayam






Tomyam Ayam


Bahan-bahan:
1/2 ekor Ayam – dipotong kecil-kecil
1 biji Bawang Besar – Potong bulat2
3 ulas Bawang Putih - diketuk2
4 cm Halia - diketuk
2 batang Serai - diketuk
Perencah Tom Yam (ADABI)
2 sudu jus perahan limau – mas guna yang dalam botol ready made tu...
3 cawan Air
daun limau purut
    5 biji cili padi - diketuk

Bahan-bahan Sayur:
Kobis Bunga - potong kecil
Jagung Muda - dipotong kecil
Carrot - dihiris panjang

Caranya :
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia.
2. Masukkan air, perencah tom yam, serai
3. masukkan ayam- didihkan hingga ayam masak.
4. Masukkan air perahan limau nipis, garam secukup rasa.
5. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan sayuran, bawang besar dan daun limau purut.
6. Biarkan hingga mendidih.



Lunch yang Simple...






Tomyam Ayam..
Ayam goreng Kunyit..
sotong Goreng Tepung.......

Jemput makan semua..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...