Friday, August 31, 2012

Merdeka Celebration



Malam tadi gi bawa Alya & Wafiy gi tengok bunga api kat R&R Bagan Ajam.
Keluar rumah jam 9.30 malam.
Gi tuntut janji.........
beli Domino's dulu kat seberang jaya.

Jam 10.30 bergerak ke R&R Bagan Ajam..
Masyaallah, ingatkan mas awal la sampai situ, sekali jalan dah jem,
dari tiga lorong jadi satu lorong..
Dekat parking R&R tu dah penuh kereta..
mau tak mau, abah kena pusing balik dan
parking kat tepi highway yang menghala ke jeti...








 



Thursday, August 30, 2012

Salam Kemerdekaan



 



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE 55.....
SEMOGA MALAYSIA SEMAKIN BERJAYA .....











Sodoku



Semalam mas sediakan alya buku sodoku. Semua ni gara-gara homework alya. Alya agak lemah dalam pengiraan. So fikir-fikir mas sediakan buku latihan matematik dan sodoku sama untuk dia..



 
Buat permulaan mas cuba la jugak nak habiskan sodoku 9x9 tu...
memang menguji mindalah...
memang susah wat yang pertama kali mencubanya.

Sedang asyik menguji minda, En. Suami mencelah;

Abah  : Ibu buat apala, lambatlah nak habiskan satu kotak..

Ibu  : Ok Alya, kita bagi kat abah, suruh abah cuba lak.. (alya menyokong kata ibu...)

Abah  : kalau dapat buat, nak bagi apa?

Ibu  : Kalau dapat, malam esok ibu belanja domino's..

Abah :  betul ni?

Ibu : betullah tapi bersyarat, kena abihkan dalam masa 15 minit,
masa tambahan lagi 10 min.. kalau kalah, abah yang belanja..

Alya : ok ibu, nanti tengok sapa yang menang... leh makan pizza nanti.

En. suami pun cubalah...
Alya lak siap suruh tengok masa lagi, risau nanti abah main tipu...
cuba punya cuba, abah tak dapat abihkan dalam masa yang ditetapkan.
Masa tambahan pun x cukup...

Hehehe... abah kalah, akhirnya abah mengaku jugak sodoku memang susahlah jugak....


p/s : Nak ajak anak2 tuntut janji malam ni.. leh p tengok bunga api sempena kemerdekaan  sama... hehehe....

Syawal 1433H



Entry Pertama Syawal 1433H..

Lama benar blog mas becuti, raya la katakan..
sibok tak menang tangan melayan pelbagai karenah di hari raya... hehehe..
pas tu lak kan balik kampung kan, nak raya. “Kampung” mas kan jauh nooo...... hahahaha.
Jangan marah na..

Sebenarnya jarak antara rumah mak ngan mak mertua mas tak jauh pun... dalam 20 minit dah pun leh sampai. Mak Mas tinggal kat Bagan, Mak Mertua mas lak kat Permatang Sungai Dua. Kalau raya tak yah risau nak raya kat mana...
leh ulang alik jer..

Rumah mas lak kat Kepala Batas jer... Walaupun dekat, hari raya mesti “balik kampung”, barulah rasa suasana raya..  Malam raya dah usung beg besar dah.  Tahun ni raya pertama kat umah Mak mertua, petang tu baru balik umah mak mas. 
Raya ketiga lak balik umah mas, sebab my bff nak datang umah. 
Hampir 6 tahun tak jumpa wehhh... 
Dah jumpa meriah sangat, dia pun dah 3 orang anak..

ntahlah, mas pun tak penah lagi raya kat taman perumahan mas tu, agaknya masa raya tu tentu sunyi kan?..... yerla sudah tentu semua orang balik kampung, beraya dengan ahli keluarga tersayang kan?

Walaubagaimanpun, mas sekeluarga akan balik kampung jugakk.... yeahhh.....
Selalunya kami berkonvoi adik beradik mas balik kampung di Pendang, kampung halaman sebelah mak mas.. Mas sendiri pun dilahirkan di Pendang, Kedah cuma dibesarkan di Butterworth. Di Pendang tu kami berkampung lak di rumah pusaka arwah tok wan yang kini didiami oleh mak teh mas, kakak kepada mak mas... memang seronok dapat berhimpun adik beradik ni...

sekarang ni anak-anak la pulak yang seronok, bila balik pendang jer anak2 mas tak lekat kat umah, punya asyik bermain, masyaallah baju dari warna terang dah jadi kelabu dek kena tanah merah kat halaman rumah.... memang best!!!

nanti kita sambung citer raya lagi yer......







Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri 1433H @ 2012






Kepada kawan-kawan saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa yang bisa membuatkan kawan-kawan terkecil hati......

Semoga kita bergembira di Hari Lebaran.


Ada pantun hari raya untuk semua.......


Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.


Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.


p/s. : Kepada yang pulang beraya ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya.......



Sunday, August 12, 2012

Ramadhan 23



Hari ni berbuka kat umah jer...
4 orang jer termasuk dengan bebudak kecil
yang memang kecoh...
Hari ni, mas masak Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah.
Daging Masak Hitam.
Jelatah Timun ngan air asam tomato...
jelatah ngan air asam ni memang pedas benor..





Hari ni dah baik dari penyakit “M”. hehehe.....
So adalah dessert ni...
Sagu gula melaka...
sedap dimakan sejuk2..








Saturday, August 11, 2012

Ramadhan 22



Hari ni berbuka puasa bersama keluarga mertua..
Mak Mertua mas bakar ikan siakap.
Macam2 ada, Pak Lang Ad belikan ayam golek, Mak Lang Lak beli kambing bakar..
menu utama memang bakar2 lah......

Mas?
Biasalah penyakit “M” mula menguasai diri...
sudahnya watkan spaghetti jer...

Malulah nak snap photo, nanti mak mertua hairan lak, menantu dia asyik dok amik gambar jer.....





Thursday, August 9, 2012

Lailatul Qadar



Cepat benar masa berlalu, Ramadhan dah pun hampir meninggalkan kita.  Andai kata dipanjangkan umur kita bersua lagi Ramadhan yang akan datang.........
Di akhir-akhir Ramadhan ni Malam Lailatulqadar pasti dimantikan oleh umat islam.......
Mas kongsikan Info berkenaan Malam Lailatulqadar untuk panduan bersama.....
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1.   Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2.  Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3.  Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
-  Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
-  Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
-  Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
-  Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Sumber : al-azim


Mood Raya




Suasana raya di ofis Mas...
Hasil kerja tangan kaum adam di ofis...
korang ader???

Perlu Pemandu?



Ada sesiapa yang memerlukan pemandu sambilan?
Ada sesiapa berminat?

v


 
v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v

 
Caak !  Naper... tak percaye ker?





 
pin!!....... Pin!!.........
Cepat !! Cepat!!  jom kita jalan...






Tuesday, August 7, 2012

Menu Bersahur?



Bila fikir nak memasak lauk bersahur, pening kepala nak memikiorkannya...
Yer la, menu berbuka senang jer, gi kat bazar ramadhan, macam-macam ada...

Mas waktu berbuka ni tak makan nasi, dah terbiasa sejak dulu sebelum kawin lagi.  Biasanya mak mas akan wat bihun goreng ker, kuih ker, mee ker.. cam tu lah selalunyer...

Pas kawin, mas dok ngan mertua... depa pun konpius, bila balik kerja mas akan beli kueh ker apa2 lah menu selain nasi.. Nasi hanya makan waktu bersahur jer..
Pas tu bila dah dok asing, En suami pun dah terikut2 ngan karenah bini dia ni.. sekarang dia pun waktu berbuka memang tak makan nasik dah... Kejam @ mendera kah mas ni? Apa-apapun tak kisah lah., janji bahagia.... hehehe...

Sekarang ni pun, pening kepala bila pikiq nak masak lauk pa untuk bersahur....
Kekadang tu, mas watkan nasik goreng jer. Ada la jugak selera nak makan. En suami lak tak kisah sangat, dia main bedal jer apa yang dimasak..

Penambah selera yang wajib ada kat umah mas masa bulan puasa ialah ikan pekasam, acar buah, telur masih, ikan masin ni feveret Alya..

Kalau ikut perut mas ni, nasi putih panas2 makan ngan ikan pekasam ngan acar buah pun dah ok... tapi kesian la pulak kat en suami. Takkan nak hidangkan tu jer..

Tapi kalau Alya, ni dah ok. memang senangla, hidanglah lauk apa pun, kalau dah ada ikan tamban @ gelama masam tu, memang dia makan nasi putih ngan ikan masin jer.......



Sambal Goreng Ikan Bilis + kentang
Menu bersahur 17 Ramadhan



Kacau Jer ...



Berbuka puasa ni meriah ngan anak-anak jer tau...
Kacau ?  memang la 'kacau', tapi lebih meriah...
Udah nama pun budak2 kan, mestilah pelbagai karenah dan ragam..

Tapi mereka menceriakan hidup Mas .    ^____^


 Tengok tu, muka tak puas hati kat Kak Long 


kadang2 jadi kawan baik.... :) 












Ramadhan 15



Cepat jer kan, dah setengah bulan pun kita berpuasa..
Hari Sabtu bersamaan 15 Ramadhan, mas berbuka puasa kat umah mak.. janji ngan adik2 semua, kita buka posa beramai-ramai.... cuma adik mas yang bongsu jer takder. Dia kan masih belajar lagi kat Melaka.

Sudah banyak kepala yang ada, sudah tentulah juadah yang berbeza2..
Mak Mas wat kuah daging, katanya roti jala dia sudah order.. mudian goreng mee sanggul.
Adik ipar mas, zura lak wat spaghetti.. Adik Mas, Maslinda senang citer, dia ngan asben dier gi beli passembor kat Padang Kota..

Makan sakan... ingatkan masa makan tu senyap jer... tapi riuh rendah ngan budak2 ni ha...
nak kata ramai budak2 tu tak la jugak, ada 6 orang jer... (lebih dari sorang tu ramai la no...) tapi masyaallah macam nak pecah rumah...

Kebetulan rumah mak teh mas kat sebelah pun, anak2 ngan cucunya balik berbuka posa sama2. Tapi senyap jer... sebabnya rumah depa tak dak budak kecik ni...
tak ingat dah nak amik gambar pun, sibuk ngan depa jer.....
Dah abih makan, kalut nak keluar lak, dengar cucu2 mak teh dok main bunga api kat luar no.....


seronok dapat main, bunga api ni jer la yang berani pun..
Kalau dengar bunga api yang kuat tu meletup, dia kat sini nangis dah...
 






main ngan kak Ca'ah..


Sunday, August 5, 2012

Salam Nuzul Al-Quran


 



Peristiwa nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.



Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul Al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah.  Kita seharusnya melihat Al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca Al-Quran itu adalah suatu ibadah.  Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ Al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam Al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

sumber :  rakan masjid 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...