Semalam mas sediakan alya buku sodoku. Semua ni gara-gara homework alya. Alya agak lemah dalam pengiraan. So fikir-fikir mas sediakan buku latihan matematik dan sodoku sama untuk dia..
Buat permulaan mas cuba la jugak nak habiskan sodoku 9x9 tu...
memang menguji mindalah...
memang susah wat yang pertama kali mencubanya.
Sedang asyik menguji minda, En. Suami mencelah;
Abah : Ibu buat apala, lambatlah nak habiskan satu kotak..
Ibu : Ok Alya, kita bagi kat abah, suruh abah cuba lak.. (alya menyokong kata ibu...)
Abah : kalau dapat buat, nak bagi apa?
Ibu : Kalau dapat, malam esok ibu belanja domino's..
Abah : betul ni?
Ibu : betullah tapi bersyarat, kena abihkan dalam masa 15 minit,
masa tambahan lagi 10 min.. kalau kalah, abah yang belanja..
Alya : ok ibu, nanti tengok sapa yang menang... leh makan pizza nanti.
En. suami pun cubalah...
Alya lak siap suruh tengok masa lagi, risau nanti abah main tipu...
cuba punya cuba, abah tak dapat abihkan dalam masa yang ditetapkan.
Masa tambahan pun x cukup...
Hehehe... abah kalah, akhirnya abah mengaku jugak sodoku memang susahlah jugak....
p/s : Nak ajak anak2 tuntut janji malam ni.. leh p tengok bunga api sempena kemerdekaan sama... hehehe....
No comments:
Post a Comment