Sunday, October 13, 2013

Happy Birthday My Princess



Happy Birthday My Princess....

Pada hari ini Tanggal 13 Oktober 2005 tepat jam 6.39 pm
maka lahirlah puteri sulung ibu & abah dengan berat 3.3 kg.
Setelah melihat wajah comelmu maka
hilanglah segala kesakitan yang ditanggung selama 9 bulan itu...


Buat anak ibu,
NURUL ALYA WAHYUNI
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 8...

semoga anak ibu ini menjadi seorang anak yang baik budi pekerti & akhlak,
serta menjadi anak yang solehah dan berjasa kepada orang tua, bangsa dan negara.
Ibu senantiasa berdoa semoga anak-anak ibu berjaya dalam kehidupan didunia dan akhirat......








Saturday, August 24, 2013

Anak Dara


16 Ogos 2013 (Jumaat)
 
 
Adik Mas telafon, nak bawa Alya ngan Nana gi jenjalan...
bukan main seronok lagi, mengedik la ikut...
 
Siap tipu adik wafiy lagi, kata Mak Tam nak datang amik Kak Long hantar gi mengaji....
Alya.. Alya....


 
 
 


Bersama Nana & Mak Tam....
 
 
 

Mak Tam bawa gi jalan kat Jusco,
Anak dara ibu ni, kalau jenjalan, tiap-tiap hari pun tak pa......

Jenjalan Balik Kampung



Raya ketiga yang lepas, mas balik kampong kat Pendang.  Gi ramai-ramai ngan family semua konvoi 3 buah kereta. 

Bertolak balik pun dan lewat petang, lepas makan tengahari kat Sungai Dua baru bertolak ke Pendang.  Biasanya kami berkumpul kat rumah Mak Teh laa.. rumah pusaka arwah tok wan.  Mak Mas asal orang pendang.  Mas pun asal sana, dilahirkan di sana. heheheh...  Dulu masa kecik-kecik, hari raya wajib balik kg.. cuma sekarang ni, pas dah kawen, kurang la sikit aktiviti balik kampung sana... :(

Kalau dah balik tu, mesti la gi jenjalan rumah saudara yang lain tu, Kami semua gi rumah Cik Mah.... motifnya, dia call bagitau Buah rambutan, buah cempedak ngan buah dukong banyak... apalagi, jalankan operasi la..... penuhkan bonet kereta... hahaha


Dulu masa ada arwah Tok Da, mak Cik Mah, selalu juga gi umah dia.... Kalau balik kampong, wajib gi umah Tok Da, sekarang rumah ni Cik Mah yang tinggal..



sorang kait buah cempedak, sorang lagi buah rambutan
itulah Cik Mah, sepupu mak @ tuan rumah




memang sedap rambutan ni...
free katakan....... hahaha




Adik mas, sedang memberi arahan...
adik wafiy, bertinggung keletihan..
abah, kutip buah cempedak....





Monday, July 29, 2013

Happy Birthday My Little Boy


Hari ini Tanggal 29 Julai
adalah hari ulangtahun kelahiran putera kedua saya...

Kepaada anak Ibu..


KHAIRUL QALIF WAFIY

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 4


semoga anak ibu ini menjadi seorang anak yang baik budi pekerti & akhlak,

menjadi anak yang soleh dan Ibu senantiasa berdoa semoga anak-anak ibu berjaya dalam kehidupan didunia dan akhirat......




3 hari..




 
 
 
 
 

Sunday, July 21, 2013

MGTT....


Dah lama kan, mas tak update dalam blog ni... sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan, tapi tak berkesempatan.. nak kata kerja sibuk sangat tu tak lah juga, tapi sejak makan ubat darah tinggi masa mengandung ni, mas rasa badan ni letih jer. Kalau leh nak dok rehat jer. Mood pun melayang ntah ke mana.....

Pejam celik pejam celik, kita dah pun berada di minggu terakhir Ramadhan.... cepat benar masa berlalu..

Seminggu sebelum puasa dulu, mas ada temujanji dengan pakar HSJ. Alhamdullillah sekarang kandungan mas dah pun masuk 24 minggu.... Masa doktor scan tu tak nampak la pulak jantinanya... tapi tak pa lah, tak kisahla lelaki ka perempuan, yang penting sihat semuanya...

8 Julai yang lepas, mas kena minum air gula pula untuk pemeriksaan diabetes MGTT... Ya Allah, punya la manis sampai rasa payau cam nak muntah jer... melekat melekit dalam mulut ha... Ni baru first time mas minum air gula... masa mengandung Alya ngan Wafiy dulu tak la pula kena minum... Misi tu kata memang prosedure sekarang, ibu mengandung kena minum air gula....

Malam sebelum tu start jam 10 malam kena puasa. Esok pagi nya gi klinik, jam 9.00 pagi amik darah, kemudian minum air gula. Still kena puasa. 2 jam selepas tu jam 11.00 pg amik darah sekali lagi. Lepas tu balik ofis terus ke kantin la, perut dah mendidih kelaparan lor......

Kemudian 14 Julai mas terima panggilan dari Staff Nurse Klinik Kesihatan . Dia maklumkan bahawa result yang minum air gula tu dah keluar. Tapi bacaannya tinggi, sebelum 5.1 selepas 8.1. Katanya mas perlu jumpa pakar sains pemakanan pada 16 Julai... Kemudian pada 28 Julai nanti mas kena buat BSP lak iaitu amik darah 4 kali sekali untuk bacaan tahap gula... jam 8.00 pg, 11.30 pagi, 4.00 ptg dan 10.00 malam. Result 28 Julai tu bawa pada 29 Julai, tarikh appoinment ngan doktor kat kliniki kesihatan. SN tu siap pesan lagi, puan control makan na...... aduhhh....

Sebelum mengandung dulu pun mas penah dah wat pemeriksaan tu, tapi bacaannya normal jer.... bila difikir-fikir kan balik, masa awal mengandung, mas alah teruk berbanding dengan kehamilan yang sebelum -sebelum ni... makan jer muntah. bau perfume memang x suka langsung... Bau peluh badan anak pun muntah...
 
Yang mas suka makan, buah sunkist. Memang ada stok kat rumah. Jus oren twister tu memang suka minum.... hari-hari memang hadap jus twister tu jer la..... Mungkin sebab tu agaknya.... jus tu kan manis..... sekarang ni dah control – control sikit bab makan, minggu depan nak mik darah lagi....

jantung dah mula berdebar-debar ni............ Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar....

 
 

Friday, May 3, 2013

simple jer..


 
Tengahari tadi waktu rehat mas balik rumah.. Balik rumah lehla rehat-rehat, baring-baring, golek-golek.. senang cakap balik tidurlah..

Pagi tadi, mas makan bihun goreng, beli kat kantin... tengahari rasa lapar la pulak, kat kantin jual nasi ayam, tapi tekak ni tak lalu nak makan nasi... fikir punya fikir, mas nak makan maggi kuah lak, sampai jer rumah terus wat maggi kuah yang simple ni....




Tumis bawang putih, masukkan cili boh, masukkan air, sos cili, telur, sayur kubis dan maggi kari.. Siap... simple kan.


Thursday, May 2, 2013

Tuesday, April 30, 2013

Bermalam di HSJ



Semenjak disahkan pregnant sebulan yang lalu, baru hari Isnin yang lepas Mas ke klinik Kesihatan untuk buat buku merah. Memang kena getahlah, baru buat buku terus kena admit kat haspital......

Mas ni memang yang jenis yang penakut sikit @ darah gemurah pun jugaklah... Walaupun ni anak yang ketiga, perasaan takut tu masih ada...

Meh dengaq episod kena admit.... heehee..

Pagi isnin tu (22/4/2013) siap tarikh gitu ha, xcited nak cerita la ha...
Pagi tu cam biasa, mas pergi kerja dulu, punch kad, sarapan roti telur bakar. Roti telur bakar ni mas buat atas permintaan Alya nak bawa sarapan gi sekolah, so mas pun buat 6 keping, 4 untuk Alya, 2 untuk mas..

Sambung balik cerita mas, lepas sarapan roti, lebih kurang jam 8.30 pagi mas pun keluar menuju destinasi yang digeruni... memang takutpun, dari awal lagi dah berdebar-debar jantungku ini....

Setelah ambil no giliran, kena la pula tunggu sampai no giliran mas... masa menunggu tu agak lama.. Kemudian mici kat bilik depan tu panggil nama mas, untuk buka buku baru, kena timbang berat, ukur tinggi kemudian kena wat ujian air kencing (UPT) kerana mas punya result scan yang wat kat klinik swasta tu hilang dalam simpanan. Memang prosedur katanya kalau tak dak result scan tu, kena wat ujian air kencing...

Tiba masanya no giliran mas dipanggil... dengan gementar mas melangkah masuk dalam bilik No. 5, setelah selesai disoal siasat, periksa itu ini bagainya... kemudian check tekanan darah, mici tu diam jer.. mas cam biasalah lah gedebuk gedebak... mudian dia check lagi sekali.... tinggi ni katanya..
mas pun tanya balik, brapa? 150/90. Mudian mici tu suruh dok rehat jap, nanti check balik... hampir 15 minit jugak menenangkan perasaan.. kali ketiga, mici tu check lagi.... jeng..jeng...jeng.... 156/90.
Penangan darah gemeruh dan perasaan takut mas...

Kemudian mici tu kata, kita masuk jumpa doktor lah, sebab memang tinggi, mici tu pun teranglah kesan dari tekanan darah tinggi pada ibu dan anak yang dikandung.. ngeri bila dengar.

Masuk lah mas jumpa ngan doktor, mula-mula doktor sembang-sembang, kemudian agak lama baru dia repeat balik tekanan darah, 160/90. lagi naik membuak-membuak... Kena masuk wadla jawabnya..

Terus Doktor call HSJ, doktor SHJ sahkan kena admit wad 4... Doktor tu tanya, “puan datang dengan siapa? “Bawa kereta. Jawab mas. “Takpa keta tinggal kat sini, p dengan kami, puan telefon husband, nanti minta dia datang amik kereta, tak pa parking dalam klinik selamat. Kalau pesakit cam ni memang kami tak bagi dia pergi sendiri,” kata doktor.

Tengahari tu, terciplah sejarah dalam hidup, naik ambulance.... rasa lucu pun ada jugak


 





Kenalah bermalam kat HSJ ari tu... tapi dari masuk sampai malam, memang darah tak mau turun-turun... pas tengah malam misi datang check baru turun, tu pun kejap turun,kejap naik...

Keesokkannya, petang cam tu baru discaj, masa nak discaj tu, check lagi sekali 117/80... Alhamdullillah......... sekarang ni kena la makan ubat sehari 3 kali......

Pas tu sekarang ni, kena gi check tekanan darah selang sehari kat klinik kesihatan, sampai temujanji ngan doktor 8/5...... penat akak tau!!!!! tapi apapun kena redha, sudah ditentukan olehNya, Kebahagian, Kesihatan.........




Friday, April 19, 2013

Syukur Alhamdulillah...




Rezeki daripada Allah...

Yakin pada rezeki Allah....

KERANA

Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk setiap umatNya....

Redha dan tawakkal...

yang penting, haruslah Sentiasa Berdoa...

Insha Allah, akan dimakbulkanNya...

rezeki Allah datang dari pelbagai sudut...

kegembiraan, kebahagiaan, zuriat dan sebagainya...

SYUKUR PADA MU, YA ALLAH......






 



Saturday, March 2, 2013

Percutian akhir tahun 2012 ----> part 2


Bersambung cerita percutian kami sekeluarga...
dari melaka, kami bertolak ke KL..
alya nak gi Petro Sains kat KLCC..
So pergila menunaikan hajat anak dara ibu ni...
Kalau nak gi KLCC, ibu lak kalau p kl wajib gi jln masjid india... hehee
paham-paham jer la...















 

 



 

 

percutian akhir tahun 2012 ----> part 1



Fuhh... memang sibuk la, dah lama tak update blog ni, banyak cerita tapi tak berkesempatan.
Semenjak Ibu duk kat daerah ni, memang tak sempat dah nak berbloging ni..

Pagi tadi pun kerja gak, org  cuti weekend dok rehat kat umah, ibu lak kena kerja...
Malam ni pun, berkesempatan la, sebab alya ngan adik wafiy ikut abah gi main badminton.. ibu pun relax-relax jap ler... hahaha.

sebenarnya citer ni tahun lepas punya, tapi x smpat nak cerite..
kesempatan cuti sempena krismas tahun lepas, kami sekeluarga gi bercuti kat melaka blik singgah kl... mulanya plan nak duk 2 hari kat melaka, tapi abah kata boring dok lama kat sini baik dok kl katanya.. Jadi tukar plan 1 malam kat melaka 2 malam kat kl..




















Tuesday, February 12, 2013

Aktiviti Hujung Minggu


Malam minggu yang lepas, mas gi main bowling...
Mas punya biraslah punya idea ni; petang tu, tetiba sajer dia call ajak gi main bowling..
apalagi, mas pun dah lama tak regang-regangkan otot ni, menggedik sakan la nak p..

Encik Suami memang confirm dah tak mau gi, sebab malam minggu dah rutin dia ada game, badminton.

Mas pun gi ngan anak-anak ajer la... heheehe....
Biras datang amik kat rumah, terus gi kat Sejati Bowling kat Sungai Petani....



muka ceria dpt main-main.....

 




strike!!!!...



Friday, January 18, 2013

Buku Baru.. Tahun Baru..


Assalammualaikum wbt........

Adoi.. dah berhabuk pun rumah ni, maklumlah dah lama tak kemas-kemas apa yang patut kat dalam qhumah ni....

banyak cerita yang bersarang dalam kepala otak ni.......... nak dicoretkan tapi tak berkesempatan....
almaklumlah sibuklah katakan.... orang pindah umah baru....

Sebelum tu rasanya belum terlewat lagi untuk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU...
Moga azam tahun ini akan terlaksana jua.... aminnnnn.

Oklah....Sebenarnya mas dah bertukar pejabat baru di Bertam, SPU. Memang dekat jer la ngan rumah.. Dah 8 tahun menunggu untuk pulang daerah, akhirnya termakbul juga.. Alhamdulillah...sebab tu tak sempat nak update... masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling...

8 tahun, makna kata dah 8 tahun la jugak mas kat ofis lama, UPEN.. Sudah tentu pelbagai kenangan yang terpalit dalam hati... manis, pahit, masin, masam.. semuanya ada, cukup rasa pelengkap warna warni kehidupan.... hahahaha..

Minggu terakhir mas kat sana, rasa sangat terharu, kawan-kawan buat surprise farewell...
Masa tu dah hampir jam 5 petang, mereka semua nak wat makan-makan... kebetulan masa tu, ada 2 orang yang akan bertukar.. memang terharu sangat....

Kami makan di Hammer Bay, Pulau Pinang..

Ni lah dia kawan-kawan mas yang memang sporting giler....
syiok sngat dapat berkawan dan bekerja sama dengan mereka.......



















cenderahati yang diterima dari kawan-kawan mas...
terima kasih  banyak-banyak..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...