Sunday, July 21, 2013

MGTT....


Dah lama kan, mas tak update dalam blog ni... sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan, tapi tak berkesempatan.. nak kata kerja sibuk sangat tu tak lah juga, tapi sejak makan ubat darah tinggi masa mengandung ni, mas rasa badan ni letih jer. Kalau leh nak dok rehat jer. Mood pun melayang ntah ke mana.....

Pejam celik pejam celik, kita dah pun berada di minggu terakhir Ramadhan.... cepat benar masa berlalu..

Seminggu sebelum puasa dulu, mas ada temujanji dengan pakar HSJ. Alhamdullillah sekarang kandungan mas dah pun masuk 24 minggu.... Masa doktor scan tu tak nampak la pulak jantinanya... tapi tak pa lah, tak kisahla lelaki ka perempuan, yang penting sihat semuanya...

8 Julai yang lepas, mas kena minum air gula pula untuk pemeriksaan diabetes MGTT... Ya Allah, punya la manis sampai rasa payau cam nak muntah jer... melekat melekit dalam mulut ha... Ni baru first time mas minum air gula... masa mengandung Alya ngan Wafiy dulu tak la pula kena minum... Misi tu kata memang prosedure sekarang, ibu mengandung kena minum air gula....

Malam sebelum tu start jam 10 malam kena puasa. Esok pagi nya gi klinik, jam 9.00 pagi amik darah, kemudian minum air gula. Still kena puasa. 2 jam selepas tu jam 11.00 pg amik darah sekali lagi. Lepas tu balik ofis terus ke kantin la, perut dah mendidih kelaparan lor......

Kemudian 14 Julai mas terima panggilan dari Staff Nurse Klinik Kesihatan . Dia maklumkan bahawa result yang minum air gula tu dah keluar. Tapi bacaannya tinggi, sebelum 5.1 selepas 8.1. Katanya mas perlu jumpa pakar sains pemakanan pada 16 Julai... Kemudian pada 28 Julai nanti mas kena buat BSP lak iaitu amik darah 4 kali sekali untuk bacaan tahap gula... jam 8.00 pg, 11.30 pagi, 4.00 ptg dan 10.00 malam. Result 28 Julai tu bawa pada 29 Julai, tarikh appoinment ngan doktor kat kliniki kesihatan. SN tu siap pesan lagi, puan control makan na...... aduhhh....

Sebelum mengandung dulu pun mas penah dah wat pemeriksaan tu, tapi bacaannya normal jer.... bila difikir-fikir kan balik, masa awal mengandung, mas alah teruk berbanding dengan kehamilan yang sebelum -sebelum ni... makan jer muntah. bau perfume memang x suka langsung... Bau peluh badan anak pun muntah...
 
Yang mas suka makan, buah sunkist. Memang ada stok kat rumah. Jus oren twister tu memang suka minum.... hari-hari memang hadap jus twister tu jer la..... Mungkin sebab tu agaknya.... jus tu kan manis..... sekarang ni dah control – control sikit bab makan, minggu depan nak mik darah lagi....

jantung dah mula berdebar-debar ni............ Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar....

 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...