Dah
lama kan, mas tak update dalam blog ni... sebenarnya banyak cerita
nak dikongsikan, tapi tak berkesempatan.. nak kata kerja sibuk sangat
tu tak lah juga, tapi sejak makan ubat darah tinggi masa mengandung
ni, mas rasa badan ni letih jer. Kalau leh nak dok rehat jer. Mood
pun melayang ntah ke mana.....
Pejam
celik pejam celik, kita dah pun berada di minggu terakhir
Ramadhan.... cepat benar masa berlalu..
Seminggu
sebelum puasa dulu, mas ada temujanji dengan pakar HSJ.
Alhamdullillah sekarang kandungan mas dah pun masuk 24 minggu....
Masa doktor scan tu tak nampak la pulak jantinanya... tapi tak pa
lah, tak kisahla lelaki ka perempuan, yang penting sihat semuanya...
8
Julai yang lepas, mas kena minum air gula pula untuk pemeriksaan
diabetes MGTT... Ya Allah, punya la manis sampai rasa payau cam nak
muntah jer... melekat melekit dalam mulut ha... Ni baru first time
mas minum air gula... masa mengandung Alya ngan Wafiy dulu tak la
pula kena minum... Misi tu kata memang prosedure sekarang, ibu
mengandung kena minum air gula....
Malam
sebelum tu start jam 10 malam kena puasa. Esok pagi nya gi klinik,
jam 9.00 pagi amik darah, kemudian minum air gula. Still kena puasa.
2 jam selepas tu jam 11.00 pg amik darah sekali lagi. Lepas tu balik
ofis terus ke kantin la, perut dah mendidih kelaparan lor......
Kemudian
14 Julai mas terima panggilan dari Staff Nurse Klinik Kesihatan . Dia
maklumkan bahawa result yang minum air gula tu dah keluar. Tapi
bacaannya tinggi, sebelum 5.1 selepas 8.1. Katanya mas perlu jumpa
pakar sains pemakanan pada 16 Julai... Kemudian pada 28 Julai nanti
mas kena buat BSP lak iaitu amik darah 4 kali sekali untuk bacaan
tahap gula... jam 8.00 pg, 11.30 pagi, 4.00 ptg dan 10.00 malam.
Result 28 Julai tu bawa pada 29 Julai, tarikh appoinment ngan doktor
kat kliniki kesihatan. SN tu siap pesan lagi, puan control makan
na...... aduhhh....
Sebelum
mengandung dulu pun mas penah dah wat pemeriksaan tu, tapi bacaannya
normal jer.... bila difikir-fikir kan balik, masa awal mengandung,
mas alah teruk berbanding dengan kehamilan yang sebelum -sebelum
ni... makan jer muntah. bau perfume memang x suka langsung... Bau
peluh badan anak pun muntah...
Yang
mas suka makan, buah sunkist. Memang ada stok kat rumah. Jus oren
twister tu memang suka minum.... hari-hari memang hadap jus twister
tu jer la..... Mungkin sebab tu agaknya.... jus tu kan manis.....
sekarang ni dah control – control sikit bab makan, minggu depan nak
mik darah lagi....
jantung
dah mula berdebar-debar ni............ Harap-harap semuanya berjalan
dengan lancar....