Tuesday, March 6, 2012

Nasi Ayam














Nasi ayam ni mas buat weekend lepas, tapi lambat buat entry... budak-budak kat umah tu, pantang nak buka laptop jer, sibuk jer tanya... “Ibu nak wat per tu? Selalunya adik wafiy la yang yang sibuk sangat, kalau mas kata.. “Adik jangan kacau tau, ibu nak wat kerja” … “ok. adik tak kacau pun, adik tengok jer....” tapi, tangan tu sambil kacau mengacau............ hehehe.. sabar jer lah.. budak-budak tengah membesar kan...


Resepi Nasi Ayam
( sumber : Dapur Kak Nor, Secubit Garam )


Bahan Utk Nasi:
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega



Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)



Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 sudu besar serbuk lada sulah



Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)



Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya

(Blend semua bahan, selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.)


Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun



Cara-caranya:-
Mula2 buat air rebusan ayam…(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.


Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.


Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain…kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar....


Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama carrot & kentang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (mas masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...