Friday, September 21, 2012

Amalan Supaya Anak Mendengar Kata



Sabda Rasulullah s.a.w : "Di antara tanda hampir berlakunya kiamat anak² menjadi berani melawan (menderhaka) kepada orang tua." - Riwayat At-Tabrani.

Insya-allah dengan sedikit usaha dan amalan dapatlah kita menjadi ibu bapa yang mempunyai ketenangan jiwa raga kerana mempunyai anak yang patuh dan mahu dengar kata.

  • Cium ubun² di kepala anak setiap hari sambil membaca selawat dan berdoa anak menjadi baik.
  • Baca Ya Latif setiap malam ketika anak tidur dan tiup dari kepala hingga ke kaki sambil berdoa anak menjadi lembut hatinya.
  • Apabila teringat anak segera berdoa untuknya kerana sesungguhnya mereka sedang memerlukan doa ibu bapa.
  • Amalkan surah Toha ayat 1-5 dan tiup pada air untuk diminum oleh anak setiap hari.
  • Sentiasa berkata yang baik² kepada anak walaupun dalam keadaan marah (paling hampeh pun cakaplah bertuah punya anak - moga² bertuah nasib anak).
  • Berdoa dan bercakap yang baik² ketika memasak hatta yang dimasak itu mee maggi sekalipun agar makanan itu menjadi penyebab anak lembut hati.
  • Lebih baik suruh anak makan masakan kita sendiri berbanding dari kedai sebab kita tak tahu sikap dan kebersihan tukang masak kat kedai (kalau dia jenis orang yang meninggalkan solat hambekk kau).
  • Dirikan solat hajat setengah jam sebelum masuk waktu subuh. Setelah itu letak tapak tangan kanan ke bahagian jantung anak dan bacalah Ya Fattah 71 kali dan kemudian berdoa agar Allah buka pintu hati anak. Insya-allah.
**  
Mendidik anak-anak yang sedang membesar pada zaman yang serba moden serta canggih sekarang sememangnya sangat mencabar...

Kadang-kadang Mas pun geram sangat, bila anak-anak tak mau dengar cakap..
lebih-lebih lagi tengah asyik nengok TV.. cakap kita tak diendahkan langsung.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...