Semalam kan cuti sempena Deepavali. Mas ni dah lama rasanya tak makan pizza hut, so berpujuk-pujuklah En. Suami ajak gi makan pizza hut... pujuk-pujuk punya pujuk (jenuh gak la dok pujuk...) akhirnya bersetuju....
Mas pun biasalah tak masak la untuk makan tengahari. Nak p pizza hut la kan....
tiba-tiba jam 10.30 pagi En. Suami lak nak p ofis, ada masalah katanya...... rosaklah rancangan mas kali ni.
Mas : Nak makan pa balik nanti ? mas tak masak la..
En. suami : Tak pa la, abg balik nanti kita gi makan...
Mas : FuhH... lega tak yah masak. (hati berbunga riang...)
Senyum lebar tu..... harap leh makan pizza kot nanti..
Seronok kan duduk rumah, rilek, dapat baring-baring, golek-golek.... bestnyerrrrrrrr.........
Jam 3.00 petang
Alya : Ibu, abah tak balik lagi ka, alya lapar dah ni...
Ibu : Abah x balik lagi pun, nak makan apa?
Alya : tak jadi la kita p pizza, kita makan maggi goreng la ibu.
Ibu : tengok la, abah balik pukul brapa sat gi..
Kesiannyer anak-anak ibu, makan maggi jer.... nak wat cam mana, ibu yg tak mau masak kan....
Mas pun buat la maggi goreng & goreng sosej kat anak-anak....
Aduhhhh.... lama bebenor tunggu en suami, tak balik lagi pun, jam dah 5 petang. Harus memang tak jadi la rancangan ibu....
tungu punya tunggu, jam 8.00 malam baru en. Suami balik....
Alya : Abah kata nak p makan pizza hut?
Abah : Abah nak pi la ni, sapa nak p, tukar baju cepat...
Mas : (Betul ka suamiku ni, dah la baru balik kerja, betul ka nak p ni...)
alya ngan adik pun cepat jer minta tukarkan baju.... Ibu pun apa tunggu lagi, cepat jer...
Jam 9.00 malam kami pun sampai la kat pizza hut, kat inderawasih....
(Tercapai juga keinginan nak makan pizza..)
(Tercapai juga keinginan nak makan pizza..)
Alya nak makan pizza yang baru tu, Ultimate Cheesy..
Aduhhh.. Alya, rosak la diet ibu, nak makan cheesy-cheesy lak.... siap add on topping cheesy hawaiian chicken lak tu.. (Tak sedap la cheesy ni, sedap lagi supreme hawaiian chicken).
Mas makan sekeping jer pizza, loya, cheesy sgt rasanya.
garlic bread cicah sup... sedapnyer... 1 chicken wing.... kenyang dah....
Adik lak makan pizza sikit, sup sampai abih dia makan... sedap katanya..
Tu pun ada balance lagi, siap suruh bungkus lak tu...
Balik sampai rumah dah kat jam 10.30 malam.....
Balik tu siap layan cerita tamil lak ...
alya ngan adik nengok dengan kusyuknyer, cerita tentang robot-robot gitu. best la diaorang...
En suami dah letih kot kan, baring atas sofa tu terus lena......................
Abih la cuti untuk satu hari.... Esok nak pi kerja lak...........
No comments:
Post a Comment