Monday, October 24, 2011

Resepi Pertama

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.......

hah.. jangan terkezut pulak tengok tajuk entry nya gini. 
mas selalu masak tau kat umah...
cuma ini adalah resepi pertama mas untuk dikongsikan dalam blog ni.

Sebenarnya mas dah lama nak try buat ikan masak stim.
So, sempena cuti hujung minggu tu, maka tercapailah sudah hasrat hatiku untuk masak ikan stim......
ngan sotong goreng tepung.

walla.walla.. sedapnya... hehehe puji sendiri, kenalah puji sendiri kan, kalau tak siapa lagi yang nak puji.
cuma, "komen-komen" untuk membina tu adalah.. siapa lagi pengkritik tetap mas...,
Saudara/saudari sekelian, diperkenalkan..... anak dara saya.....

Alya a.k.a Ayong
(Nurul Alya Wahyuni, 6 Tahun)
Dia ni kan.. kan.... kalau komen orang mesti kelas punya......
siap dengan memek muka lagi tu... en. suami lak penambah perisa kepada kritikan yang diberikan.. hehehehe...

Balik cerita tentang resepi mas ni, cuma terlebih perahan asam....
So, masam lah sikit..
Walaupun dikritik hebat, makan tetap habis punya......



Tanpa berlengah, ni REsepi Nya..





IKAN SIAKAP MASAK STIM
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/2 camca teh garam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 camca besar jus limau nipis
  • 1 1/2 camca besar minyak masak
  • 1/2 camca teh garam
  • 5 biji cili padi - lebihkan kalau nak pedas
  • 2 batang serai
  • 1/2 inci halia muda Mayang halus
  • 4 ulas bawang putih
Hiasan
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
  • Bawang Besar – potong bulat
Cara-cara
  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam dan sos tiram. Perap 15 minit..
  2. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas.
  3. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas, masukkan jus limau.
  4. Kukus sebentar kemudian masukkan halia, bawang putih, serai dan kukus hingga masak.
  5. Masukkan rampai hiasan...........
Dah boleh makan..... makan ngan nasi kosong pun sodap..........
yum..yum... delicious...

Inilah hasil air tangan mas untuk keluarga tercinta...,
   










 






  
ReSEpi KedUA,
Sotong Goreng Tepung

Bahan - Bahannya
Sotong Sederhana besar - potong bulat-bulat dan toskan
1 cawan tepung tempura gogi
2 sudu tepung beras
secubit garam
secubit kunyit
1 biji telur

Bancuhan Tepung

Pukul telur hingga kembang, masukkan tepung gogi, tepung beras, garam dan kunyit.
Pukul hingga sebati.

Caranya

Panaskan minyak.
Celup sotong dalam adunan tepung dan goreng hingga warna keemasan..

Inilah tepung tempura gogi yang mas gunakan... 

dan hasilnya........



Jemput Makan Semua............




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...