Wednesday, November 30, 2011

Bees Chocolate


Tetiba jer lepas makan tengahari, ofismate bagi cokelat ni.... cantik kan....
cute sangat..
dia siap buat around the ofis lagi...
Terima kasih the very much la my frendz.....

** kalau tunjuk kat bebudak dua orang tu mesti seronok punya..
     tunggu nyer, nanti balik ibu bagi tau... 
     nasib baik dia bagi 2 biji, kalau dia bagi satu,
     silap-silap ibu leh mintak tambah lagi satu.. hehehe....

 cantik kan.. kan...
cute sangat.....
 




Wednesday, November 23, 2011

Team Building Part 1

Sweet memory in my heart...

Weekend ni, ofis mas nak buat program ala-ala team building gitu..
Bila dengar jer nak buat program team building ni, mas teringat kembali kenangan lama.....
Excited jugak na p, nak tengok perubahan kat sana.
Tahun 2007 lalu ofis mas dah pernah buat team building di tempat yang sama juga iaitu Taman Negara, Pulau Pinang. Seronok giler pi sana,, xtvt nya pun happening sangat... yang paling best sekali kengkawan yang sporting giler... best sangat... rindu korang semua... sebahagian besar dah bertukar jabatan pun...  mas jer yang masih setia kat sini : (

Prgoram ni mengingatkan mas kepada kengkawan lama dan terutama sekali arwah Yan, telah kembali ke Rahmatullah pada bulan Jun 2011 kerana kemalangan jalan raya..  Al-Fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.. Arwah yang mas kenal, memang ceria dan baik budi orangnya, pada mas dialah adik dan sahabat diwaktu suka dan duka.

Istimewanya kengkawan yang satu "kepala", tak mungkin mas lupakan akan pertalian yang pernah kita jalinkan selama ini: Ainol, Asma, Sheila, Arni, Farhana, Kak Lin, Kak Ifa, Kak Aiza, Kak Som, Kak Hairon dan kengkawan yang lain.... maaf yer.. Sesungguhnya mas rindu kalian semua.........  juga kepada Hero dan x hero UPEN Janz, Anuar, Azhari, Baim, Zul, fairoz dan ramai lagi tak tersebut namanya...   Tak lupa jua pegawai dan X Pegawai UPEN yang dihormati, Pn. Hafidzah, En. Zul, Pn. Aishah, En. Arafat, En. Fauzi, Pn. Ifrah dan ramai lagi... hehehe..... Kengkawan Unit Pegis jugak.. bestlah korang semua !!!!



Info berkenaan Pantai Kerachut @ Taman Negara Pulau Pinang



Taman Negara ini terletak pada arah barat laut negeri Pulau Pinang. Terdapat banyak denai yang disediakan di kawasan bukit pada ketinggian lebih 75 meter dimana mempunyai gradien yang melebihi 18 darjah.
Mencabar tetapi menarik, itulah yang dapat diungkapkan. Denai ini menawarkan kepada pengunjung ke Taman Negara Pulau Pinang satu peluang untuk menimba pengalaman dari pelbagai sudut yang terdapat di kawasan taman dan juga habitat termasuk kawasan hidupan liar.
Di sini terdapat lima denai utama dengan keunikan tersendiri yang dapat menarik perhatian pengunjung. Anak sungai yang mengalir dari kawasan granit ke kawasan laut dan seterusnya mengalir ke tasik meromiktik di Pantai Kerachut. Menghala ke timur pula adalah kawasan hutan yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air untuk Empangan Teluk Bahang .
Irama flora dan fauna mengalu-alukan kedatangan pengunjung di sepanjang denai-denai. Kepelbagaian tanaman dari kawasan hutan pantai yang di dominasikan oleh tumbuhan dipterokarp ke tumbuhan komersial dan tumbuhan herba. Terdapat juga pakis, palma, periuk kera, tumbuhan meromiktik, tumbuhan menjalar, kulat dan kawasan paya bakau.

Selain dari ikan, serangga, mamalia dan penghuni burung, burung yang bermigrasi kerap kali ke kawasan paya bakau dan kawasan berlumpur.
Disini juga terdapat Tasik merometik iaitu salah sebuah tasik paling unik yang hanya terdapat beberapa buah sahaja didunia. Air masin dan tawar tidak bercampur sekali. http://www.wildlife.gov.my/tnpp/biindex.htm
Tasik merometik ini paling unik sekali. Hanya berlaku apabila air laut pasang besar. Pintu air masuk akan tertutup oleh tambak pasir dalam satu jangka masa yang pendek dan kedua dua air masin dan tawar tidak bercampur. Tak pasti mana satu atas mana satu bawah....
Agaknya air tawar bawah air masin atas kot dan Ikan keli bawah ikan sembilang atas kot....hehehe..... memandai jer mas buat andaian kan? Ntah betul ka tidak?... fikirlah sendiri.....

jom tengok gambar kenangan koleksi mas....
Team Building UPEN @ Taman Negara, Pulau Pinang
27 – 28 Januari 2007






 Persiapan sebelum hiking


 sesi taklimat ringkas.....






 Senaman regangan otot... tenaga diperlukan untuk mendaki


 Bacaan Doa Selamat

 
Ahli Kumpulan
( x ingat la nama kumpulan )


 Take Five.....


sudah keletihan...


 sampai jua akhirnya





 tetap ceria walaupun penat gilerrr.........





















 acara memasang khemah...
malam tu, kami semua tidur dalam khemah.


 Kita makan dulu........


 acara bebas........
menikmati keindahan alam





 Sinilah pertembungan Tasik Merometik,
kat sini juga adalah pertembungan antara laut masin dan air tawar
Allah Maha Besar
Betapa Agungnya CiptaanNya...




 Sweet memory..





 xtvt berkumpulan
 
 brain storming session by our TP(M)






 Kengkawan yang sporting
(abaikan tarikh, setting x betul)






makan lagi!    BBQ time.......







 tengah qushuk mendengar taklimat oleh Pusat Koservasi Penyu
 
 Nak balik dah.....
kami ke sini hiking, balik naik bot


 kenangan abadi yang x mungkin dilupakan
( bersama Arwah Yan dan ainol )
Sayang dan rindu kalian.........
atas bot, nak balik dah..
takut oo... tapi best




habis dah.... Part I
coming soon next Part II lak yer.....

Tuesday, November 22, 2011

Nasi Goreng & Sosej Goreng Telur

Salam semua...

Hari ahad tu, En. Suami ada Babminton tournament "Team Perkasa"  kat tempat dia selalu main tu..  tiap-tiap malam minggu dia akan main babminton... maknanya mas ngan anak-anak kena duk rumah, tiada istilah bagi keluar jalan-jalan, shopping ker untuk setiap malam minggu.. kesian kan...

So, ahad tu jam 8.40 pagi, En. Suami dah keluar dah... selalunya kalau ada tournament memang confirm la satu hari jawapnya. Hari tu, pukul 9.30 malam baru sampai rumah.... tapi tak per... memang berbaloi ler main sampai malam... dia dapat no. 3, dapat ler hadiah hamper jer...  Tahniah !!! ler bang...

Sesampai jer kat umah, dipecahkan hamper tu oleh bebudak 2 orang kat rumah ni... memang berbaloi ler......


Sambung citer, Mas lak dah En. Suami tak dak kat rumah, penyakit “M” pun datang ler... Maaf yer anak-anak, ibu dengan penyakit “M” ni memang tak dapat dipisahkan...

Hari tu mas masak nasi goreng jer untuk kami 3 beranak yang dok kat rumah ni..
Tapi ada “add-on” jugak, mas gorengkan sosej ngan telur untuk sikecil 2 orang ni..


Tak der resepi, layan gambar jer lah.......









Sosej Goreng Telur.......











SOSEJ GORENG TELUR


Bahan - Bahan :


5 batang sosej – dipotong nipis secara serong
2 biji telur
1 biji cili merah
sedikit garam
sedikit serbuk lada


cara-caranya :


Panaskan kuali, masuk sedikir minyak masak.
Apabila minyak sudah panas, masukkan sosej yang telah dipotong tadi.
Pecahkan telur dan kacau hingga sosej bersalut dengan telur.
Masukan cili merah, garam dan lada..


Makan dengan roti pun sedap.........




Monday, November 21, 2011

Puding Roti Berkuah Kastad

Mas ni teringin sangat nak buat puding roti, cuti sabtu lepas, awal-awal pagi lagi lebih kurang jam 10.00 pagi. awal lagi ka?.... biasa la kan hari cuti., kira awal la tu....... anak-anak pun tak bangun lagi, malam tu adik tidur pukul 1 lebih.... sib baik esoknya hari cuti.  Ibu pun sama naik la ngan anak-anak.  En. Suami lak dah kuar pergi kerja...


Balik cerita tentang puding roti, mas buat simple jer. jom tengok resepinya...



PUDING ROTI BERKUAH KASTAD

600 ml susu segar  - mas guna susu HL jer
13 keping roti gardenia

1/2 cawan gula 
2 sudu besar mentega dicairkan
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kismis - boleh tambah @ kurang

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula

Cara :

1.     Koyakkan roti dan rendam dalam susu.
2.     Blend  gula, mentega, telur, esen vanilla, tepung jagung
3.     Masukkan kismis, gaulkan dan tuangkan ke dalam loyang.
4.     Bakar dalam suhu 180'C selama 40 minit @ hingga masak. 


Sos Kastad

Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan di atas api yg sederhana.
sejukkan sebelum dituangkan diatas puding semasa menghidang.
inilah hasilnya..........


Hasil sebelum dibakar
 
Puding yang sedang dibakar


Puding Roti yang kaya kuah kastadnya....


nyum....nyumm....


Wednesday, November 16, 2011

Nasi Daging


Salam Semua...


Nasi Dading resepi ibu mertuaku......

Seperti yang mas janjikan, mas masak nasi daging untuk makan tengahari ni..
Hari ni kan mas cuti, kerana mak & abah mas da pemeriksaan kesihatan hospital, so mas kena la jadi driver untuk amik alya & geng balik dari sekolah... kebiasaannya abah mas yang tolong amikkan depa ni semua balik sekolah..
tima kasih bebanyak yer abah...
Cuti hari ni kan mas dok kat bagan la, en. Suami lak kerja....
Nak jadi chef untuk masak nasik daging ni...

Resepi nasi daging ni mas blajar dari mak mertua mas, sedop ooooo nasi daging yang dia masak, mas pun blajar la dari dia, en. Suami pun suka makan nasi daging ni...

Pukul 2.30 pm baru kami semua makan nasi, sebelum tu bagi alya & geng makan dulu, sebab mereka nak p mengaji, van sampai jam 2.15 pm.... balik ngaji baru makan.

Jom tengok hasilnya....







 Jelatah timun



Masak Merah Daging

Air Asam Tomato




Nak Start makan dah..
(tengok ada budak rajin tu....)


Jemput Makan...................



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...