Monday, November 21, 2011

Puding Roti Berkuah Kastad

Mas ni teringin sangat nak buat puding roti, cuti sabtu lepas, awal-awal pagi lagi lebih kurang jam 10.00 pagi. awal lagi ka?.... biasa la kan hari cuti., kira awal la tu....... anak-anak pun tak bangun lagi, malam tu adik tidur pukul 1 lebih.... sib baik esoknya hari cuti.  Ibu pun sama naik la ngan anak-anak.  En. Suami lak dah kuar pergi kerja...


Balik cerita tentang puding roti, mas buat simple jer. jom tengok resepinya...



PUDING ROTI BERKUAH KASTAD

600 ml susu segar  - mas guna susu HL jer
13 keping roti gardenia

1/2 cawan gula 
2 sudu besar mentega dicairkan
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kismis - boleh tambah @ kurang

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula

Cara :

1.     Koyakkan roti dan rendam dalam susu.
2.     Blend  gula, mentega, telur, esen vanilla, tepung jagung
3.     Masukkan kismis, gaulkan dan tuangkan ke dalam loyang.
4.     Bakar dalam suhu 180'C selama 40 minit @ hingga masak. 


Sos Kastad

Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan di atas api yg sederhana.
sejukkan sebelum dituangkan diatas puding semasa menghidang.
inilah hasilnya..........


Hasil sebelum dibakar
 
Puding yang sedang dibakar


Puding Roti yang kaya kuah kastadnya....


nyum....nyumm....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...