Tuesday, January 31, 2012

Ibu, awa dak ? - Part II


Adik Wafiy ni tau, memang suka main bedak, mengalahkan budak perempuan, sekali dia tempek bedak, bertampung-tampung jadi nya.
Lantai pun dibedakkan olehnya... harum semerbaklah rumah mas.....

Sudahnya ditempek-tempek kat muka dia, dia datang la menayang kat kita lak, “Ibu, awa dak?” kalau diiyakan lawanya, uihhh... senyum-senyum sampai ke telinga, siap wat malu-malu la pulak....
nanti dia p pulak menayang kat abah lak “abah, awa dak? Kalau dikata tak lawa, nanti dia jawab balik, “awa la, ibu kata lawa”.

Pas tu p kat ayongnya la “Ayong, awa dak?”. Kak Long pulak suka menyakat, “Tak lawa la” jawab ayongnya.. Gedebusss.. satu tumbukan hinggap kat belakang ayongnya....... Lepas tu mula la nak jadi bunga taik....... riuh satu rumah........ Adoihhh, ni baru jer dua orang, dah riuh macam sepuluh orang, tambah lagi suara ibu, dah jadi macam perang dunia......

Awa dak?













Monday, January 30, 2012

Zoo Taiping.....


Hari Ahad kelmarin, mas sekeluarga ngan adik-adik ipar keluarga mertua mas telah berkunjung ke Zoo Taiping.... . Pergi bawa budak-budak mengenali haiwan di zoo. (Ayat skema tu.....)

Kami bertolak lebih kurang jam 12 tengahari dari Juru, terlewat banyak sebenarnya, sebab adik ipar mas dah tunggu kat Juru dari jam 10.00 pagi katanya...

Masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan...... sori yer........

Jom layan piccasnya...........

















 Alya, Wafiy & sepupu Zakuan & Zulaikha










 kemain lagi tau anak teruna mas ngan zulaikha tu,
berkepit jer dua orang tu.......
Cik Ida kata romantic couple.....




















 betul tak? tengok tu........





 kan!! kan!!.......










 My MIL, My Biras la, Zu & suaminya Zamri





My MIL, My Biras la.., Zu & Cik Ida
si kecil tu, anak dara Zu...


















 sempat lagi bagi rabbit makan.....
























 gelang, nama alya............





 Puas pujuk alya untuk bergambar ngan ular,
jangan kata alya ngan wafiy, ibu pun takut gak....
















Saturday, January 28, 2012

SPAGHETTI


Bahan-Bahannya

4 biji bawang putih – dicincang halus
1 biji bawang besar – di potong dadu
3 keping burger daging – dipotong dadu
5 biji sosej – dipotong bulat-bulat
1 tin cendawan butang
1 botol (350g) Sos Spaghetti Cendawan Kimball
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Setengah peket spaghetti

 


Cara-caranya :
  •   Tumis bawang putih hingga wangi
  •   Masukkan sos spaghetti cendawan
  •   Masukkan daging burger, sosej dan cendawan
  •   Tambah garam secukup rasa
  •   Masak hingga agak pekat
Untuk Spaghetti
  • Didihkan air bersama sedikit garam & minyak zaitun.
  • Masukkan Spaghetti, masak hingga lembut.

Inilah Hasilnya.....









Anak-anak pun suka......












Thursday, January 26, 2012

Kerepek Ngaku (Arrow Head)

kawan-kawan semua pernah cuba tak kerepek Ngaku @ Arrowhead..

mas pun first time cuba, kakak kat ofis bagi rasa mulanya, terus jatuh cintan cintun gitu... sedap la, lebih sedap dari pisang.  rasanya lemak-lemak memang sedap la...
Kengkawan kata, Buah ni banyak di pasaran ketika perayaan Tahun Baru Cina ajer.....

Hari tu balik keja terus gi tesco xtra, pergi beli buah ngaku.  Hari sabtu tu terus buat kerepek....
anak-anak pun suka bangat, kosnya pun murah jer. Mas beli sebungkus tu baru RM 1.20 tak tengok pun berapa kg... memang berbaloi la............



Inilah buah Ngaku





Setelah dicuci dan dikupas kulitnya





Kita goreng dulu yer...












Inilah hasilnya.... Kerepek Ngaku




Puding Laici













Bahan-bahannya:
 
1 paket agar2 serbuk (10gm)
5 cawan air
8 sudu besar gula – ikut kemanisan
1 tin susu cair
1 tin laici ~ blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
1 helai daun pandan

Cara-caranya:

Masak agar-agar serbuk bersama air dan daun pandan hingga mendidih kemudian masukkan gula.

Masak lagi hingga gula hancur dan  keluarkan daun pandan tadi dan masukkan laici yg diblend dan juga susu cair.
Masak seketika dan tutup api.

Tuangkan kedalam acuan sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti ais. 




 

BUBUR JAGUNG











Bahan-Bahannya

3 tongkol jagung – ambil isi jer tau
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
sedikit air
2 helai daun pandan
1/2 cawan gandum - direndam semalaman
sedikit garam
2 sudu besar susu cair


Cara-caranya

1.   Rebus gandum sehingga kembang @ masak
2.   Masukkan isi jagung dan daun pandan
3.   Selepas mendidih masukkan gula pasir dan susu cair
4.   Masukkan garam sedikit beserta santan.
5.   Kacau sebati dan rasa supaya betul-betul menepati citarasa bubur jagung yang enak berlemak dan manis.......

Sakit Gigi





Hari ni Mas baru mula bekerja setelah 5 hari bercuti.......
Kemana anda semua bercuti?

Cuti Mas tak bermakna la kali ini, walaupun cuti panjang sebabnya gigiku sakit............

Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa sakitnya gigiku ini, memang sakit bebenor, bengkak gusi menyebabkan pipiku kelihatan temban, asalnya pun memang dah tembam, tapi bertambah-tambah la tembamnya...
kesannya, terasa mata pun sakit, kepala lagi la, nyut-nyut rasanya....

Hari Ahad tu dah rasa sakit, tapi fikir tak berlarutan kot, tetiba hari isnin tu, dah bengkak gusi, sakit yang amat sangat...
nak pi klinik, mana ada klinik yang buka di hari raya Tahun Baru Cina ni... sabar jer la mas... Sakit berlarutan hingga hari selasa, mau tak mau kena tunggu hari rabu la baru klinik buka...

malam selasa tu dah janji ngan adik mas nak gi klinik dia, kat Tasek Gelugor, dia kerja kat sana, so mas pun sesudah ikut en Suami antar adik wafiy di Sg 2, antar Alya gi sekolah dan en suami pun terus pergi kerja..
Mas pun bergerak la ngan adik mas ke tasek gelugor....


Takut pun takut jugak, sebab nak cabut gigi la yang paling mas takut, tapi bila fikirkan sakit gigi tu, mas tak tahan dah la, lebih rela tahan cabut gigi dari sakit gigi..........

Sebelum dicabut gigi tu, terpaksala dengar mukadimah doktor jap. Jam 8.40 dah selamat gigiku dicabut..... terpaksa la tahan sakit kesan dari cabut gigi lak, sebabnya doktor terpaksa belah gusi sikit memangdangkan gigi tu dah tinggal tunggul jer...

Dah selesai, minta tolong adik mas antar balik rumah jap, dekat jer klinik kesihatan tasek gelugor ngan rumah mas. Semalam mas berehat dirumah tanpa gangguan, sebabnya anak-anak mas ada kat rumah tok........

Friday, January 20, 2012

Selamat Tahun Baru Cina....


Esok cuti panjang...
4 hari jer, sempena Tahun Baru Cina
Xong Xi Fa Cai............





Thursday, January 19, 2012

Adik wat la...


Salam sejahtera semua.....


Ni nak cerita tentang putera mas,
sekarang ni adik wafiy tu apa-apa pun, dia nak buat sendiri..........
cuma susu jer tetap minta mas yang buatkan, kekadang tu mas kata kat dia “suruh abah la buatkan”
jawabnya “amau, abah wat tak best” katanya..........
tapi pujuk-pujuk, dia suruh gak abah wat...
apa yang tak best tu, tak tau la pula, sama jer bubuh susu, tuang air, siap la........


Hari tu, mas ketip kuku alya, mudian lepas dah ketip kuku alya, mas pun panggil la dia pula.....

Dia siap jawap “mai la dik wat diee (mai adik buat sendiri)”
nanti kena isi, berdarah, ibu tak tau” balas mas
dia jawap balik “biaq la pun....”

sekarang ni, kalau kita cakap, ada saja jawapan balas dari dia...
tiap-tiap malam bergaduh ngan abah........











Wednesday, January 18, 2012

FRIDGE MAGNET












Menurut en. Suami mas, "letak magnet bebanyak kat fridge tu boleh menyebabkan fridge cepat rosak..." betulka?  Boleh percaya ka? ........  :)
Menurut alya lak, “cantik la ibu, nanti kita gi jalan, kita beli banyak lagi, kita tak kat pintu bawah lak....  (Ibu suka sangat statement alya tu.. hhahaahaa)

Anda yang baca sokong yang mana?





Tuesday, January 17, 2012

Dinner semalam..

Semalam otw balik rumah, perut ni punya la lapar, fikir balik tengahari tadi mas makan apa yer? Fikir-fikir, ooooo mas makan bihun goreng jer la pukul 11 lebih cam tu.. patut la lapar...

terus ajak en. Suami gi makan...
kami makan kat Nan's Cafe....



Alya menunjukkan skill memotong chicken chop...





Adik Wafiy makan fries jer....














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...