Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh....
Hari ni fikiran mas memang berkeceramuk... memikirkan kejadian semalam..
Pagi-pagi lagi mas dah nyanyi lagu.. mas sendiri tak pasti irama malaysia ke apa ker, sesekali tu tune tinggi gak la untuk dihayati oleh anak mas, Alya...
boleh ka cam tu? kejam ka? Penghuni lain tak bangun lagi, mas dah leterkan si alya.. kalau boleh, pagi-pagi memang tak nak leter, tapi mulut ni memang jahat, nak juga cakap-cakap.......
Alya punya kisah semalam, mas suruh dia kemaskan buku sekolah, dan ikut jadual sekolah hari ini, dia boleh cakap balik, “ibu susun sat ikut jadual alya..”
apalagi, mas pun naik hantu la, mula la tengok alya nampak kecik sangat.........
“Tak pa la, esok bagi ibu p sekolah, alya dok rumah jaga adik, alya bangun pagi, terus tengok tv, main, blaaaaa, blaaaaa... blaaaaa” terus mas masuk dalam bilik, lipat baju yang selonggok atas katil tu... dalam hati ni, punya membara, rasa panas sangat..........
Nak ikut jadual waktu dia kata tak tahu,
“Ibu SN tu apa, MT, BI, MZ, PI........”tapi bila fikirkan balik, betul jugak, itu singkatan bagi subjek-subjek matapelajaran sekolah, dia tak tahu la, baru seminggu jer sekolah dan baru jer dapat jadual waktu..
Mas pun mula la wat huraian kepada ringkasan tersebut........
ada lagi pesanan berbaur peringatan untuk alya...
“Esok balik sekolah baca buku, faham & ingat apa yang ibu tulis tu (ringkasan jadual), nanti alya susun sendiri ikut jadual malam esok, kalau tak wat, alya tidoq dalam bilik tu sorang2”
Malam tu, alya tidur jam 12. dengar dek leteran ibunya......
Tapi sampai sekarang ni, mas masih risau akan alya....
No comments:
Post a Comment