Bahan-Bahannya
3 tongkol jagung – ambil isi jer tau
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
sedikit air
2 helai daun pandan
1/2 cawan gandum - direndam semalaman
sedikit garam
2 sudu besar susu cair
Cara-caranya
1. Rebus gandum sehingga kembang @ masak
2. Masukkan isi jagung dan daun pandan
3. Selepas mendidih masukkan gula pasir dan susu cair
4. Masukkan garam sedikit beserta santan.
5. Kacau sebati dan rasa supaya betul-betul menepati citarasa bubur jagung yang enak berlemak dan manis.......
No comments:
Post a Comment