Sunday, March 25, 2012

Capati..

 

Namaste...
Entry kali ni khas edisi bollywood jap....
cuba buat capati untuk bekfes pagi ahad ni..
Okla juga, percubaan yang pertama.......
Capati ngan sambal sardin.

inilah hasilnya.......





 






Bahan-bahan

  • 225 gm tepung atta
  • 1 sudu besar minyak sapi - mas guna planta jer...
  • 125 ml air suam
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada chapati
  • Sedikit tepung atta, untuk proses mencanai

Cara-cara

  1. Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
  3. Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
  5. Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
  6. Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
  7. Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
  8. Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
  9. Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.

Nasi Goreng Planta

Nasi goreng planta, nasi goreng paling mudah.....
atas permintaan alya.


Panaskan planta, pecah telur, masukkan nasi......
tarahhhh... dah siap






Saturday, March 24, 2012

Hari Sabtu..

Menu hari sabtu, kari ikan tenggiri, sambal & ulam.... spesialnya ada sambal buah quinen....








Thursday, March 22, 2012

Wednesday, March 21, 2012

Hasrat Suamiku.....




Semalam on the way balik rumah, sebelum amik adik wafiy, Alya menyuarakan lagi hajat hatinya yang belum kesampaian lagi..... Alya minta belikannya basikal. Sabor yer alya, nanti ibu belikan yer....

Abah memberi cadangan supaya beli dua, kat adik sama... Kemudian, mas pun menyarankan supaya membaiki jer basikal yang sedia ada, cuma baiki kat tayar jer, kerana nanti adik dah besar tentunya tak naik dah basikal tu...

Mudian abah menambah, kesian kat adik.... kalau beli pun tak rugi aihhh, nanti adik dia lak leh naik........
(sambil senyum.....)

Uihh.... En. Suamiku rupanya berhasrat untuk menambah bilangan ahli keluarga rupanya........ kwuang, kwuang, kwuang.....







 




Sunday, March 18, 2012

Cuti-Cuti Cuci-Cuci

Petang ni mood En. Suami rajin-rajin.....
Xtra rajin kot, 2 biji keta dia cuci habis.....
ada pembantu & pengacau yang sudi membantu..................













Saturday, March 17, 2012

Home Made Cheezy Potato Wedges..

Rabu lepas pergi pasar malam,  tengok ada kentang saiz besar, terus beli leh wat wedges nanti....

 



Home made cheezy potato wedges........






Bahan-bahannya :

5 biji kentang - dipotong memanjang
1 cawan Tepung goreng rangup Gogi - dibancuh dengan air sejuk, mas tambah 3 sudu tepung beras.
minyak untuk menggoreng
Sos Cili
Mayonis
Cheezy


Cara-caranya

Panaskan minyak
celup kentang ke dalam bancuhan tepung dan gorengkan........
Goreng hingga warna kekuningan


Dah siap, mudah jer.............

Jemput semua.







Tuesday, March 13, 2012

Shopping @ Miyao-Toki


Dua minggu yang lepas, mas dapat flyers  dari Miyao-toki..  ada sale..


Mas pernah dengar tentang kilang ni, daripada kakak kat ofis dulu, kakak tu pun dah pencen dah.. so minggu lepas, mas ajak la en suami pi, nasib baik kali ni dia nak pi… tima kasih lah…
Sebelum ni pun mas dah penah ajak En. suami, kalau ada sale
Hari ahad, lebih kurang jam 12.00 tengahari, kami serbu la kilang ni kat Kulim..
Hasil yang diperolehi…..























Antara pinggan mangkuk yang dijual…..







Monday, March 12, 2012

Mee Sanggul..



Layan gambar je lah... 
sori yer ta dak resepi.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...