Namaste...
Entry kali ni khas edisi bollywood jap....
cuba buat capati untuk bekfes pagi ahad ni..
Okla juga, percubaan yang pertama.......
Capati ngan sambal sardin.
inilah hasilnya.......
Bahan-bahan
- 225 gm tepung atta
- 1 sudu besar minyak sapi - mas guna planta jer...
- 125 ml air suam
- Secubit garam
- Sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada chapati
- Sedikit tepung atta, untuk proses mencanai
Cara-cara
- Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
- Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
- Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
- Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
- Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
- Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
- Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
- Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
- Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.
No comments:
Post a Comment