Friday, June 29, 2012

Majlis Keraian di Ofiss.......



Hari Rabu Lepas ofis mas wat majlis sambutan hari lahir, pertukaran pegawai & anggota serta meraikan staf yang mendapat cahaya mata........

Menu utamanya adalah Nasi Beriani Hameediyah lagi ha... ko ader!! hehe..
CC lak bawa laksa siam yang memang sedap..
Buah durian ditaja oleh Timbalan Pengarah...
yumm nyummm...

Memang makan bagai nak rak la...




Dessert...........









buah durian yang memang enak...




Nasi Beriani Hameediyah




tengok tu...
clean and clear!!




kena posing sebelum makan.
pas makan dah malas nak posing, berat perut la....





Wednesday, June 27, 2012

Sunday, June 24, 2012

Menu hari Minggu..




Menu hari minggu...
hari lepak-lepak.....
simple-simple...
jemput makan..........

Udang Goreng Kacang Buncis





Udang Goreng Kacang Buncis


Bahan2

10 ekor udang sederhana besar
10 batang kacang buncis – dipotong menyerong
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar – potong bulat
2 sudu sos tiram
1 sudu serbuk kunyit
1 biji cili merah – potong menyerong
sedikit serbuk lada
½ cawan air
sedikit garam





cara2

tumis bawang putih & bawang merah
masukkan udang & sedikit air.
Masukkan sos tiram, serbuk kunyit, serbuk lada
masukkan kacang buncis, bawang besar, cili merah & garam
goreng hingga masak
.......... siap.


 

DAGING MASAK KICAP






DAGING MASAK KICAP
Sumber : yatiememories.blogspot.com

Bahan-Bahan.
  • 1 kg daging batang pinang
  • 4 biji kentang- kupas kulit dan potong berbaji
  • 1/2 cwn kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 tangkai lada hijau ( di belah 2, pastu belah tnghnya tapi jngn sampai putus)
  • 1 labu bwng besar- di mayang
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis
  • garam dan gula( jika perlu)
  • Air secukupnya-jika perlu.
Bahan Tumis (di hiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 biji cili padi- ptng kecik2
  • 1 btng kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 btng serai- di ketuk
Bahan Hiasan(hiris dan taburkan atas daging) – mas tak letak pun
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang


Cara-Cara
  1. Potong daging kecil2 dan rebus hingga empuk. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu di rebus dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis/hiris sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kentang yg telah di potong berbaji. Masukkan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Biarkan daging dan kentang empuk.
  5. Masukkan lada hijau yg di belah 2 tadi dan bawang yg di mayang. Gaul rata.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hidangkan....tabur bersama bahan hiasan.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih


Wednesday, June 13, 2012

Salam Hari Rabu



Salam Sayang di hari Rabu........

Pagi ni rezeki murah, dari bawah lagi sebelum masuk lif, dah ada orang ajak gi bekfes....
hari ni jugak mas tak puasa, sakit perut la.. minggu ni dapat amik 2 ari jer; Isnin dan Selasa... Esok & lusa mas nak cuti ler, confem memang tak puasa la kalau cuti dok kat rumah.. Last week dapat 4 ari... dah abih dah ganti puasa.. Nak wat puasa sunat lak....
hehe..

Pagi ni mas bekfes roti sardin, dah lama benor tak makan roti sardin ni, melepaskan hajat.... dan dapat kuih ni..


v



v



v



v



v



v



v



v



ni....





jeng!!! jeng!!!





jeng!!!!




wah, nampak cam surprise sangat no..
hehe...




 sedapnyer...




Kuih Koci
kawan ofis bagi...
tima kasih the very much lah...


jemput makan.........






Monday, June 11, 2012

Menu Hujung Minggu


Menu di hari minggu...

Sambal Sotong & Tempe goreng ikan bilis...

Walaupun simple tetapi sedap sangat...
tambah lak ngan ikan tamban masin.... few...wallah..
meleleh ayoq lioq ooo........









Popia Kentang




Cuti-cuti masak-masak ler...
kalau tengahari nya masak spaghetti, petang lak wat popia kentang... siap tapau kat adik lagi untuk mak...
klinik adik mas kan dekat umah mas jer, so lunch time hari jumaat kan panjang masanya, so dia datang lepak kat umah mas la...

Popia ni mas wat lepas masak spaghetti, siap gulung, masuk dalam freezer, nak makan goreng jer, kan senang.........





menikmati popia goreng
sambil nengok wonderpets...

Popia Kentang
Resipi : Che CT

Bahan inti :
5 biji ubi kentang direbus empuk - dibuang kulit dan dilecek halus
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 biji bawang putih - dicincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
3 keping daging ayam burger - suhu bilik dan cincang kasar
3 tangkai daun sup - dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging buger yang dicincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api dan gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan daun sup. Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti ditengahnya dan gulung kemas. Goreng dengan api sederhana panas hingga perang keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.
6. Hidangkan dan boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos pilihan.

Sos Popia :
5 biji cili merah - belah dua buang biji
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
Secubit garam
gula secukupnya
sedikit air masak - untuk blend

Cara-cara :
1.    Masukkan kesemua bahan diatas ke dalam blender dan kisar halus
2.    Boleh juga jika ingin dimasak atas api sebentar hingga mendidih sedikit.
3.   Letak sedikit garam dan gula sesedap rasa, kacau sebentar dan angkat.
4.   Hidangkan bersama popia goreng ketika masih panas.

Spaghetti




Hari jumaat lepas, mas cuti... saja amik cuti dok umah ngan anak2.... En. suami bekerja..



Hari jumaat tu, hari tanpa nasi, saja mas tak masak nasi.
Mas masak spaghetti ... tambah pula anak-anak suka gak.. ibu dia lagi suka la. lalaa...lala.........



Contest GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger...


pertama kali nak join GA ni....













Manalah tau, kalau ader reseki, leh menang hihiii...........
jom join ramai-ramai........

Sunday, June 10, 2012

Cucur Badak






Mencubakan diri membuat kuih tradisional... Cucur Badak.
Sebelum tu menyuarakan hasrat hati pada mak, nak mencuba buat cucur badak..
Mak mas siap bagi kelapa yang dikukuq sendiri oleh beliau... tima kasih mak..
Akhirnya jadi lah cucuq ni... siap dapat pujian dari mak lagi, memang sedap, bulan puasa nanti wat lagi katanya....

tak yah tunggu bulan puasa mak, cuti minggu depan mas buat lain ok...




jom tengok resepinya....



Resepi cucur badak
Oleh: princessharyati
dari Myresepi.com
Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )

Untuk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam


Untuk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula


Cara-cara
Untuk inti:

Blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

Untuk kulit:
Rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas-panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung.
letakkan inti dan tutup kembali. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap.


Tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat, keje pun cepat dan senang. 

Tuesday, June 5, 2012

Alya...




Alya, anak sulung mas sekarang dah 7 tahun...
dah besau pun anak dara mas ni.. dah boleh diharap pun untuk nolong wat kerja umah...

Kisahnya minggu lepas...
Sedang mas sidai baju kat luar umah, mas dengar alya bertanyakan pada abah. Masa tu, dia tengah nengok tv, cerita apa ntah la.... Adik wafiy lak sedang naik basikal kat luar...

Alya : Abah, syurga tu bawah tapak kaki ibu ka?
Abah : Yer....

Lama gak, dia berfikir agaknya... tetiba keluar statement cam ni la pulak...

Alya : Pasaipa alya tak nampak pun syurga bawah tapak kaki ibu?

Mas dah tergelak kat luar ni ha............

Abah : Itu perumpamaan, maksdunya, alya kena dengar cakap ibu, tak leh melawan cakap ibu....


Alya dengar jer, dah tak cakap & tanya apa pun... mungkin dia faham la agaknya....
Itu lah, kanak-kanak yang tengah membesar... banyak persoalan.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...