Sunday, June 10, 2012

Cucur Badak






Mencubakan diri membuat kuih tradisional... Cucur Badak.
Sebelum tu menyuarakan hasrat hati pada mak, nak mencuba buat cucur badak..
Mak mas siap bagi kelapa yang dikukuq sendiri oleh beliau... tima kasih mak..
Akhirnya jadi lah cucuq ni... siap dapat pujian dari mak lagi, memang sedap, bulan puasa nanti wat lagi katanya....

tak yah tunggu bulan puasa mak, cuti minggu depan mas buat lain ok...




jom tengok resepinya....



Resepi cucur badak
Oleh: princessharyati
dari Myresepi.com
Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )

Untuk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam


Untuk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula


Cara-cara
Untuk inti:

Blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

Untuk kulit:
Rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas-panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung.
letakkan inti dan tutup kembali. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap.


Tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat, keje pun cepat dan senang. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...