Saturday, December 10, 2011

Alya Wahyuni



salam semua.....


tetiba saja tangan nak mengetip keyboard ni...
al maklumlah orang baru kenal blog, ada saja nak ceriterakan......
sama la macam orang yang baru dapat lesen memandu kan, gila stering la orang utara kata...... hehehe........

Nak mengimbau kenangan dulu-dulu....
nak cerita tentang kisahnya Nurul Alya Wahyuni, anak sulung mas ni yang sekarang dah pun berumar 6 tahun. Tahun depan dah masuk darjah satu.... rasa macam baru jer lahirkan alya.... makna kata umur ibu pun bertambahlah.....

Nama Nurul diambil sempena nama Cik nya, Ida.
Alya Wahyuni ni, di idealkan oleh Umi Yam dan Ibu Timahnya, iaitu sepupu en. Suami mas...
Kak Timah kata, Alya anaknya yang ke enam.... Kak Timah ni ada 5 orang anak, semuanya puteri, nama anak-anaknya pun sedap didengar..

Makna nama Nurul Alya Wahyuni ialah
Nurul : Cahaya
Alya : Ketinggian
Wahyuni : Wahyu

Dilahirkan pada 13 Oktober 2005 hari Khamis bersamaan hari 9 Ramadhan 1426H pada jam 8.33 malam di Hospital Seberang Jaya.  Berat semasa lahir 3.3 Kg.

Mengimbau detik semasa melahirkan Alya, anak sulungkan tentunya tiada pengalaman, sakitnya dari jam 5.00 pagi. pergi hospital check, baru terbuka 3 cm, masuk la wad biasa dulu, labour room penuh. jam 10.30 pagi baru ditolaknya masuk labour room, sekali masuk labour room 5-6 orang, macam buat lawatan dewan bersalin la pulak...
keluarga mas dan mertua tunggu kat luar tu.... yer la excited kan, cucu sulung la......

bayangkan la hampir 1 hari duk dalam labour room, sekejap orang sebelah, depan bersalin, yang mas ni lom lagi......
aduihhhh......... takut pun ada....
akhirnya jam 8.33 mlm lahirla seorang bayi perempun.......
dan diberi Nama Nurul Alya Wahyuni Binti Khairul Nizam.

Doa dan harapan ibu, semoga alya menjadi anak yang soleh, berbudi bahasa, hormat orang tua dan berjaya dalam hidup.... amin.

Gambar koleksi alya..........





















































































































No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...