Friday, December 9, 2011

Team Building Part II


Seperti yang dijanjikan, entry ni mas nak ceritera tentang Team Building Part II. Pada pendapat mas, xtvt team building ni tak se best team building yang lepas, tapi enjoy la....

Mungkin sebab tak mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakan-rakan yang lain, dan tarikh yang dipilih juga kurang tepat, sebab ramai dah plan nak bercuti memandangkan cuti tiga hari sempena Awal Muharram 1433H.

Kami bertolak jam 3.00 petang dari KOMTAR. Dari Jeti ke Pantai Keracut kami naik bot, sebab dah lewat petangkan...

Program ni sepatutnya 3 hari, tapi dikurangkan ke 2 hari jer.. yeahhhh.. ari ahad & isnin boleh la relax kat rumah... Mas lak ada program lain, next entry la mas cerita yer...

xtvtnya buat kat dewan terbuka kat tepi pantai, best ooooo............. angin sepoi-sepoi bahasa, tak bestnya waktu malam, nyamuk memang banyak....

Masa kat sini, kami diberi peluang untuk melepaskan anak penyu ke laut, seronok tengok anak-anak penyu bebas ke laut... Dekat Pantai Keracut ni ada Pusat Konservasi Penyu, ada penyu yang naik bertelur kat pantai sini tau.....

Kami bertolak balik, naik bot lebih kurang jam 5.30 petang....
Sampai kat jeti Teluk Bahang, bas lak terlewat, tersangkut trafik jammed.
En. Suami dah menunggu kat KOMTAR, Sori yer bang..... Mas sampai rumah jam 9.30 malam.

Sedihnya sampai jer kat rumah, adik wafiy dah mintak didukungkan, nak minum susu pun duk atas riba ibu... tersentuh hati ibu, yer la, selama ni mas tak pernah tinggalkan dia, pergi kursus pun dekat-dekat jer........ adik Wafiy ni, manjanya lain sikit berbanding ngan kakak dia....

Jom tengok gambar xtvt kat sana....





Muka cuak walaupun kali ke 2 naik bot










melepas anak penyu ke laut.................














acara conteng-conteng............







posing tuan tanah semestinya........




cantik tak?




Info Tasik Meromiktik









Pemandangan sepanjang ke Pantai Kerachut




mencorak  name taq sendiri















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...