Monday, February 27, 2012

kerja! Kerja!







Salam Semua.....

Minggu ni rasa macam orang sewel dah..
kerja.. kerja.. kerja... sabtu dan ahad lepas pun mas kena kerja....
Dalam erti kata lain, untuk tempoh 2 minggu ni direct kerja tanpa cuti....
Boleh dapat anugerah pekerja cemerlang ni..... hhehee... (Macam tak penah wat kerja cam tu)

Sebenarnya, mas rasa dah lama mas tak wat kerja cam tu..
bekerja pada hari cuti...

Dulu masa baru masuk kerja kat UPEN, memang kerap mas kena kerja pada hari cuti.... bila dengar jer ada program, sure lah sabtu, ahad kena kerja...
Masa bujang tu ok lah kan, mak & abah pun dah faham, kekadang balik umah pun tengah malam...

Tapi bila dah kawin, famili mertua pun hairan, kerja gomen pun sabtu ahad kena kerja ka? Pernah kerja hingga awal pagi, pukul 5.00 pagi baru sampai ghumah..... En. Suami pun penah tanya, kerja apa sampai malam...? tapi bila dah terang gitu, gini akhirnya dia juga memahami..... Alhamdulilah, keluarga mertua mas pun dah faham juga, dah nama pun kerja kan? Kita kena laksana tanggungjawab kita...

Cuma semenjak 3 tahun kebelakangan ni, semenjak mas ditukarkan ke Unit lain, bebanan kerja diwaktu cuti tu kurang lah... sekadar membantu bila diperlukan jer....... Misi terbaru sekarang, bila cuti jer wajib mencuba resepi & masakan yang baru.. hehehe.... Alya pun penah sound kat mas; masterchef nak masak apa pulak hari ni..?

Apa pun itu lah pengalaman............








"Anda tidak boleh mencipta pengalaman.   Anda mesti menghadapinya."       ~ Albert Camus








Friday, February 24, 2012

Jamuan.......



Salam jumaat …........

Sempena hari jumaat, ofis mas buat jamuan sempena hari lahir pegawai & Anggota yang jatuh pada bulan Januari & Februari, Jamuan Perpisahan & kesyukuran.. Semestinya mas salah seorang daripada yang diraikan.....


Yer la... kan birthday mas bulan Februari....






dapat hadiah cokelat..........
  
Antara menu utamanya bihun/mee/keow teow tomyam, roti jala, kek, karemel, puding, kueh lopeh, buah.... semuanya sedap-sedap belaka...

Mas dan kengkawan, lepas jer isi perut penuh-penuh, kitorang turun la pulak gi jalan jalan kat Pacific no... membakar lemak la kononnya..

Pergi window shopping jer, hari jumaat kan, lunch break kan panjang..
jalan-jalan kitorang hampak la kerusi urut ni.....Gintel.

Sudahnya kami merelexkan diri jap.....

















Thursday, February 23, 2012

Kereta adik...



Adik wafiy dah ada kereta sendiri.......



ewahh... ewahhh....









control macho tu.........





hehehe....
kereta yang dicontrol oleh abah.........





Wednesday, February 22, 2012

MODEL SAMBILAN



Salam sejahtera semua.............

protokol lah pulak kan? Hehehe..
meh... meh... nak cerita kisah Adik Wafiy semalam........ Macam cikgu nak berceritera kat anak murid la pulak kan?

Semalam, mas lipat la baju yang sedia berlambak-lambak kat atas sofa tu..
tapi semalam mas ada pembantu, baik orangnya, dia mengoferkan dirinya untuk membantu lipat baju hah... terharu ibu..... walaupun hasil lipatanya kurang memuaskan, tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia ada juga niat nak membantu ibunya.... dialah anak dara mas, Alya.. Thanks Alya, Sayang Alya....

Berbalik cerita adik wafiy, dia ni kerjanya “mengacau” jer tau, baju yang kakaknya lipat, dia pungah-pungah balik, bising la kakaknya..... riuh rendah la satu rumah, tu baru dua orang, macam nak pecah rumah......

Kemudian adik wafiy tu amik selendang mas, mulanya dia letak atas kepala abah, dia suruh abah pakai, abah pun pakai la.... kemudian dia suruh lak pakaikan untuk dia....... sudah dibelitkan kat kepala dia, dia mula menayang-nayang, menggayakan sambil senyum-senyum kambing....... cantik la kononnya......




















Kata alya, comel la adik ni, bulu mata lentik....... :)

Alya pernah tanya kat mas, napa bulu mata adik panjang dan lentik, tapi alya dak pun....

Arghhhh, per mas nak jawab ni.....
mas pun jawab la, alya ikut ibu, bulu mata ibu ngan alya sama, tak panjang dan tak lentik...
Adik sama cam Haikal, cuba alya tengok  bulu mata Haikal, panjang dan lentik sama cam adik wafiy dak?

Ah..ahhhlaa.. bulu mata depa sama la.......
Ok la  kot jawapan mas... mas pun tak tau nak jawap apa dah..
Haikal tu anak adik mas, memang bulu mata dia sama cam wafiy...







Monday, February 20, 2012

Makan Malam.....



Akibat karipap punya hal, kami sekeluarga tak makan tengahari...... ( Dashyatkan statement tu! ). Pagi kelmarin kan mas wat karipap yang berlanjutan hingga jam 2.00 petang. So makna kata tiada masakan untuk tengahari la... kesian kan?

Penat la wat karipap tu......... (ayat tak boleh blahhhhh.......)
Lebih kurang jam 11 cam tu, En. Suami dah belikan Cucur Udang, dah kenyang makan cucur udang, pas tu lak mas gorengkan karipap tu, udahnya semua dah kenyang......

Lebih kurang jam 4.30 petang baru mas masak, sudahnya masak untuk makan malam la jawabnya..... hehehe.... Masak yang simple jer, kebetulan ada ikan bawal dalam fridge, santan pun ada, masak gulai ikan bawal ler..........

Untuk sikecil 2 orang tu, mas watkan sosej masak sos dan  ayam goreng ranggup ala-ala kfc........ lebih kurang jam 7.00 baru kami makan............. makan malam.

Jom Makan!......



Gulai ikan bawal kosong......












KARIPAP



 
Kelmarin mas cuba buat karipap, dah lama niat dihati nak cuba wat karipap... kelmarin, basuh baju & sidai baju awal-awal (rajinkan....) sebab kononnya nak la wat karipap untuk sarapan... sarapan apanya, pukul 10 pagi baru start potong ubi kentang la, itu belum wat doh nya lagi......... hehehe....... last-last jadi untuk minum petang jer la..... pukul 2 petang siap buat karipap ni....
Mas ni dah xcited sangat la, nak merasa la kan karipap yang buat tu apala rasanya, sedap ker tak? siap jer karipap tu terus goreng....... hehehe.... sedapla gak...

komen En. suami, rempah lebih la pula....... anak-anak makan jer, tapi anak-anak mas makan kulit karipap jer, inti nanti buang... Mas buatkan karipap kosong tak berinti untuk dia orang.
Ini lah hasilnya........














siap buat sejuk beku lagi ha..
(untuk mak & MIL mas...)


Bahan-bahan
  • 4 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar butter - panaskan
  • 1/2 cwn minyak masak-panaskan
  • secubit garam
  • 1 cwn air suam

  • INTI
  • 6 biji kentang
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Isi ayam – potong dadu
  • garam dan gula
  • air

 

Cara-cara – Doh Karipap


  1. Campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata menggunakan sudip. Bancuh air & garam. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli doh hingga boleh dicanai.


Cara-cara – Inti Karipap


  1. Kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  2. Tumbuk lumat bawang besar, bawang putih. Tumiskan bahan-bahan tersebut & kulit kayu manis hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang, isi ayam, air dan garam serta gula secukup rasa. Masak dengan menggunakan api sederhana sehingga kentang empuk dan air kering.
  3. Setelah masak,angkat dan sejukkan.
  4. Doh karipap tadi bulat2 kan ikut saiz 1 biji karipap. Bila dah siap, tutup dengan plastik supaya doh tak kering. Lepastu, canai doh jangan terlalu nipis.
  5. Masukkan inti dan klim.- mas guna acuan karipap jer, tak perlu la mengelip-ngelip kan.......
  6. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
    Dah siap, boleh makan untuk sarapan @ minum petang...........



Wednesday, February 15, 2012

KEK COKLAT CHEESE KUKUS




Salam semua.......

Minggu lepas mas mencubakan diri membuat kek coklat cheese yang dikukus. Memang sedapla kek ni... Cadang nak topingkan kek tu dengan corak yang cantik la kononnya....... sekali dah masak, dah bercorak-corak jadinya..... Apapun tak pa la, hasil percubaan yang pertama.......















jom tengok resepinya.....


KEK COKLAT CHEESE KUKUS


BAHAN A

* 250 gm cream cheese
* 60 gm gula halus
* 1 biji telur
* 25 ml air
* 1 sb tepung gandum
BAHAN B (Kek Coklat)

* 2 biji telur
* 1 cwn gula halus
* 1 sk vanilla
* 2 sb serbuk koko
* 1/2 cwn air panas didih
* 1/2 cwn cwn susu segar/cair
* 1/2 cwn minyak jagung/masak
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sk baking soda
* 1/2 sk baking powder

Cara-cara – Bahan A

1.  Pukul cream cheese bersama dengan gula.
2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.


Cara-cara – Bahan B

1.   Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
2.  Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko
3.  Masukkan air panas, susu dan minyak
4.  Setelah itu masukkan tepung gandum, b. soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
5.  Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.


CARA MEMASAK.

1.   Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
2.  Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dengan kertas minyak
3.  Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
4.  Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
5.  Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit/masak.
6.  Sejukkan dan boleh di hidangkan....





Tuesday, February 7, 2012

Apam Polkadot


sempena cuti yang panjang, mas cuba membuat apam polkadot. Dah lama hajat dihati nak cuba wat apam ni, akhirnya tertunailah juga dengan bantuan anak dara mas......
inilah hasilnya....













Bahan-bahan
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar @ susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry @ strawberry
  • pewarna

Cara-cara

1.   Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer  dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang

2.    Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan

3.    Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag

4.    Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja

5.    Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan

6.   Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.

7.   Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Ikan Keli Masak Sambal

Ikan Keli Masak Sambal











Bahan-bahan


2 ekor ikan keli
6 biji cili merah
1 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikt belacan
garam dan serbuk perasa
air asam jawa

cara:ikan keli dibersihkan.. gunakan asam jawa dan garam... kemudian gaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit..
goreng ikan sehingga agak garing..
Untuk sambal

tumbuk bahan-bahan diatas..
panaskan minyak kemudian tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga kkuningan..
masukkan air asam jawa.. serbuk perasa dan sedikit gula....
tutup api dan curahkan atas tadi..



Monday, February 6, 2012

POPIA GORENG NESTUM


POPIA GORENG NESTUM

Hari ini mencuba popia nestum yang ranggup gitu, resepi dari kawan di ofis...
memang sedap, ranggup hingga menjilat jari..
anak mas siap makan ngan sudu, dikaut sekali serbuknya yang memang sedap tu...



 kulit popia sudah siap dipotong menyerong



 nestum. gula & susu tepung yang telah dikisar  




 kulit popia yang sudah digoreng






 inilah hasilnya.........






 

bahan-bahannya:
1 peket kulit popia
1/2 cawan gula pasir - dikisar
1/2 cawan nestum - dikisar (mas guna nestum cokelat)
1/2 cawan susu tepung - dikisar



Cara-caranya :

1.  

2.   Gunting pendek2 kulit popia yang sudah siap digulung.

3.   Goreng di dalam minyak yang banyak

4.   Biarkan sejuk.

5.   Satukan semua bahan serbuk  menjadi satu...kemudian gaul rata bersama kulit popia yg dah siap digoreng tadi.



Kulit popia digulung, dan dilekatkan dihujungnya dengan tepung gandum yang dicampurkan dengan air.

Sunday, February 5, 2012

Masak Lemak Ketam Nenas


 
Menunaikan hajat hati alya yang nak makan masak ketam, hari sabtu tu pergi la cari ketam kat pasar malam Kepala Batas.  Nasib baik ada ketam, En. Suami pun belila 3 ekor. Mas ni tak berapa minat sangat la ketam, nak makan susah, nak kena kopekkan kulit dulu.... lagipun ianya tak jadi lauk la orang utara kata...
3 ekor tu pun tak abihnya makan........

Mas cuba resepi dari Blog Dapur Tanpa Sempadan... dan edit sikit, sebab mas hanya masak 3 ekor jer...


BAHAN-BAHANNYA

3 ekor ketam
1/2 biji nenas
2 batang serai, dititik
1 cawan pati santan
2 cawan santan cair
1 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula


BAHAN KISAR HALUS
4 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
2 sudu kecil jintan manis
Secubit belacan
CARANYA

1.    Ketam disiang, cuci dan toskan.

2.   Masukkn ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai dan asam gelugor. Masak hingga mendidih dan ketam bertukar warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.

3.   Tambah nenas, masak hingga nenas lembut sedikit, tuang pati santan, masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...












 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...