Sunday, April 1, 2012

IKAN BAWAL MASAK MERAH




Bahan - bahan :
  • 1 ekor ikan bawal
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 labu bawang besar  * - separuh untuk dikisar,separuh dipotong bulat
  • 4 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih   *
  • 1 batang serai-diketuk
  • 2 sudu cili giling
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Garam dan perasa
  • Sedikit air


Cara - caranya :
  1. Ikan bawal yang sudah disiang dibersihkan dan dilumur garam serta serbuk kunyit. Goreng separuh masak.
  2. Bahan-bahan bertanda * dikisar
  3. Guna minyak gorengan ikan tadi untuk menumis. Panaskan minyak dan tumis bahan2 berkisar sehingga wangi dan garing. Masukkan serai yang sudah diketuk
  4. Apabila bahan itu sudah garing masukkan cili giling, sos cili dan sos tomato.kacau sedikit dan masukkan sedikit air
  5. Masukkan garam dan perasa. Kacau lagi dan masak hingga pecah minyak
  6. Masukkan ikan bawal dan bawang besar yang dipotong tadi dan gaul sebati.
  7. Sebatikan rasa dan kuah.  Sedia untuk dihidangkan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...