Thursday, January 26, 2012

Sakit Gigi





Hari ni Mas baru mula bekerja setelah 5 hari bercuti.......
Kemana anda semua bercuti?

Cuti Mas tak bermakna la kali ini, walaupun cuti panjang sebabnya gigiku sakit............

Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa sakitnya gigiku ini, memang sakit bebenor, bengkak gusi menyebabkan pipiku kelihatan temban, asalnya pun memang dah tembam, tapi bertambah-tambah la tembamnya...
kesannya, terasa mata pun sakit, kepala lagi la, nyut-nyut rasanya....

Hari Ahad tu dah rasa sakit, tapi fikir tak berlarutan kot, tetiba hari isnin tu, dah bengkak gusi, sakit yang amat sangat...
nak pi klinik, mana ada klinik yang buka di hari raya Tahun Baru Cina ni... sabar jer la mas... Sakit berlarutan hingga hari selasa, mau tak mau kena tunggu hari rabu la baru klinik buka...

malam selasa tu dah janji ngan adik mas nak gi klinik dia, kat Tasek Gelugor, dia kerja kat sana, so mas pun sesudah ikut en Suami antar adik wafiy di Sg 2, antar Alya gi sekolah dan en suami pun terus pergi kerja..
Mas pun bergerak la ngan adik mas ke tasek gelugor....


Takut pun takut jugak, sebab nak cabut gigi la yang paling mas takut, tapi bila fikirkan sakit gigi tu, mas tak tahan dah la, lebih rela tahan cabut gigi dari sakit gigi..........

Sebelum dicabut gigi tu, terpaksala dengar mukadimah doktor jap. Jam 8.40 dah selamat gigiku dicabut..... terpaksa la tahan sakit kesan dari cabut gigi lak, sebabnya doktor terpaksa belah gusi sikit memangdangkan gigi tu dah tinggal tunggul jer...

Dah selesai, minta tolong adik mas antar balik rumah jap, dekat jer klinik kesihatan tasek gelugor ngan rumah mas. Semalam mas berehat dirumah tanpa gangguan, sebabnya anak-anak mas ada kat rumah tok........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...