Monday, April 23, 2012

Kek Coklat Moist Kukus



Hari Sabtu Kelmarin, awal-awal lagi dah menjalankan tugas rumah..... cehwah, rajin kan?

Bangun pagi, wat sarapan nasi goreng jer, En suami minta tapaukan untuknya, dah lewat dah, tak sempat makan pun......

Selepas En. Suami pergi kerja, mas pun kemas-kemas kat dapur, tengok dalam freez da susu HL, tengokla expired date dia, alamak esoknya la tarikh luput.... terus tengok bahan yang lain, dalam fikiran dok terbayang nak wat kek coklat kukus la... memandangkan bahan yang lain ada, terus adunkan kek coklat.............

Resepi : Kek Coklat Moist Kukus
Sumber : Munira Baharum, bakery2embroidery


Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak


Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* ayak bahan B sebanyak 3 kali


Bahan C
4 biji telur Gred B - blend hgga kembang/ berbuih


Cara-caranya



1.   Satukan semua Bahan A dalam periuk. Masak atas api perlahan. Kacau selalu. Masak hingga semua larut & sebati. Bila dh mendidih cikit, boleh la tutup api. Ketepikan & biarkan sejuk

2.   Panaskan periuk kukusan

3.   Masukkan Bahan B & Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang-seli. Kacau sebati setiap kali bahan dimasukkan. Tapiskan adunan jika nampak berketul2.  Adunan memang agak cair...





4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega/marjerin & telah dipanaskn terlebih dahulu. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kalau xde aluminium foil, penutup kukusan kena la balut ngn kain bersih supaya air x menitik atas kek semasa proses mengukus. Kukus selama 1 jam 15 minit








Kek yang sedang dikukus...



Maka terhasillah kek coklat kukus di pagi sabtu yang aman, tanpa diganggu oleh dua orang sikecil tu, Alya & Wafiy, depa tidoq semalam dah lewat, so pagi tu biasalah.........









memang sedap la kek ni, tapi kena ikut resepi dia betul-betul lah....
cuma kena kurangkan sikit minyak kot, sebab mas rasa berminyak sangat..
Alya pun kata sedap sangat kek ni, macam gel katanya, lembut sangat bila makan..........




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...