Monday, April 9, 2012

Mee Kari tanpa Rempah Kari








Bahan-Bahan

1 bungkus mee kuning – dicelur
Taugeh – dicelur (Mas beli RM0.50 jer)
1 mangkuk kecil isi ayam
5 keping fish cake – dipotong nipis
2 paket fish ball -dipotong bulat-bulat
3 ketul tauhu – dipotong kecil dan digoreng hingga garing
3 batang sawi – dicelur
3 biji telur ` - direbus
Daun bawang
cili merah
bawang goreng
Limau nipis


Bahan Kuah – Dikisar halus

8 sudu cili boh – ikut kepedasan yang disukai
8 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

2 batang serai - diketuk-ketuk
2 keping asam keping
Minyak untuk menumis
1 cawan santan
2 cawan air
gula/garam


Penyediaan Kuah

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan dikisar halus tadi
  3. Masak cili hingga kering, masukkan serai.
  4. Masukkan isi ayam, santan & air, masak hingga mendidih
  5. Masukkan asam keping, tauhu, fish ball, fish cake yang telah dipotong tadi
  6. Masukkan garam & gula – rasa ikut citarasa masing-masing...

Dah siap, memang mudah... tanpa guna rempah...
Mee kari ni mas wat hari ahad lepas.  Cakap ngan En. Suami, hari ahad tak yah masak nasi, mas masak mee kari aje lah... Setelah dipersetujui, maka terhasil lah Mee Kari.
Resepi ni Mas belajar dari kakak Aziah di Pejabat Lama Mas.
Dulu masa kat ofis lama, hari jumaat jer mesti kami masak kat ofis. Masak guna rice cooker jer.... masa tu seronok sangat, rindu kalian semua........




2 comments:

Unknown said...

resepi mak saya letak buah keras dgn lengkuas.

Unknown said...

resepi mak saya letak buah keras dgn lengkuas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...