Tuesday, April 3, 2012

KERANG REBUS TUMIS SERAI


Hari Sabtu lepas, mas ke pasar malam kepala batas, mencari lauk pauk, memandangkan freezer kat umah tu dah kosong haa.........

Lalu kat bahagian ikan, tetiba alya nampak kerang, disuruhnya beli.. Mas pun hairan jugak, cam na alya leh mintak kerang, sedangkan mas tak penah pun masak kerang kat umah.......... sebab mas tak makan kerang.
rupa-rupanya mak ngah dia selalu gak masak kerang kat umah tok...

Sesudahnya dibeli semua keperluan, balik jer rumah, terus la mas masukkan ikan-ikan tu termasuk kerang dalam freezer.. sebab nak masaknya esok, hari ahad...

Hari ahadnya, pagi lagi mas pun keluarkan kerang tu dari feezer, rendam dulu, basuh sampai cuci, terusla rebus kerang tu..........

Terfikir la gak, dah lama mas rebus, naper la kerang aku ni tak terbuka pun kulitnya...... kwanggg!!!! kwangg !!!!!!!! Masa makan tu, En suami pun hairan kenapa la isi kerang ni melekat dengan kulit kerang apabila dikopek-kopekkan.... tak puas katanya makan kerang ciput jadinya.. mas pun buat la andaian mungkin sebab masuk dalam freezer kot semalaman...........


Isnin semalam mas gi rumah mak, bagitau la mas masak kerang weekend lepas, tapi napa kulit kerang tu tak terbuka pun, dan melekat lak tu.......... Mas pun ceritala, simpan dalam freezer.  Cis!!! Adik mas punya gelak besar........ katanya tak penah pun orang letak kerang dalam freezer, selalunya orang rebus dulu pas tu baru simpan dalam peti sejuk. Mak pun kata cam tu gak, kerang tu dah mati la sebab tu dia tak terbuka kulitnya masa rebus....

hahahahaha...... siottt kau mas, hidangkan kerang mati kat keluarga..........

Untuk menyedapkan hati, mas pun kata la kat En Suami, biasala orang yang tak makan kerang memang tak pandai nak masak kerang ni pun, lain kali kita masak lain no...........

Apa pun inilah hasilnya......
Alya makan tetap berselera, nasi ngan kuah rebusan kerang jer....  malam pun minta lagi, air rebusan kerang katanya sup....













KERANG REBUS TUMIS SERAI


Bahan – Bahan
1 kilo kerang
1 labu bawang besar ( saiz kecil ) – dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
3 hiris halia – dihiris
1 batang serai ( di ketuk atau di hiris kasar2 )
sedikit garam
serbuk perasa ( jika suka )
minyak untuk menumis



Cara penyediaan.

* Tumis bahan hiris hingga berbau kemudian masukkan air ( hingga melepasi paras kerang)
* Bila kuah mendidih masukkan kerang, rebus hingga kerang masak

*  Bila sudah masak bolehlah diangkat…… senang jer kan....


AIR ASAM :

Bahan tumbuk :

1 biji cili merah
3 biji cili api
1/2 cawan air suam + di bancuh dengan asam jawa
sedikit gula 
sedikit garam
sedikit belacan

Bahan dihiris halus:

1 biji tomato segar
1 biji bawang besar - hiris halus
1 biji cili merah
5 biji cili api
2 sudu besar sos tomato

Cara-caranya

1. Gaulkan bahan hiris termasuk bahan tumbuk.
2. Ramaskan sikit kemudian rasa masam manisnya......    

Taraah!!!!...... Dah siap




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...