Monday, April 23, 2012

BROKOLI TUMIS AYAM DAN CENDAWAN


Ini pula masak untuk makan tengahari di hari Sabtu yang indah....
Hehe, mood rajin memasak ler....






BROKOLI TUMIS AYAM DAN CENDAWAN
Sumber : izahdaut

1-2 pokok brokoli
1 keping dada ayam di dadu
segenggam cendawan tiram – mas tak letak pun
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar *sederhana size
sehiris halia
sedikit kicap
sedikit sos tiram
1/2 sk pati ayam
1 /2 batang carrot
1/2 sb tepung jagung bancuh dengan sikit air – Mas tak letak juga....

Caranya:

1. Panaskan minyak untuk menumis bawang putih, bwg besar dan halia.
2. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan ayam.
3. Biar ayam masak, masukkan pati ayam, sos tiram dan kicap.
4. Masukkan brokoli kemudian sedikit air.
5. Bila brokoli sudah masak, masukkan cendawan kacau sebentar.
6. Dan akhirnya masukkan bancuhan tepung jagung.
7. Kacau2 sehingga sedikit pekat pada kuahnya dan angkat untuk dihidang.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...