Monday, April 23, 2012

KUIH KERIA

 
Hari sabtu lepas, memang mood rajin la, sudah paginya wat Kek Coklat.. 

Untuk minum petang lak, mas wat kuih keria pula........

hahaha... syokkan kalau hari-hari cuti... Dapat dok rumah hari-hari... masak-masak pun sudah tentunya setiap hari.... rilex-rilex pun mau hari-hari jugak dan yang penting sekali sudah tentunya lagi-lagi best. p jalan-jalan pun mau hari-hari jugak, memang syiok giler ni wei..... Wa cakap lu....

Sudah tentunya Encik Suamiku mau gilernya hari-hari, mencari wang untuk dibelanjakan hari-hari........
hahahaha... sabar jer lahh....

 


Kuih keria yang terlalu meriah ngan gula..
Ini percubaan yang pertama..
banyak sangat la gulanya..
nak makan pun takut.....
nasib baik mas hanya buatkan separuh jer dengan cara yang tersebut.......


 

KUIH KERIA

Bahan-bahan

  • 500gm ubi keledek merah
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air

 

Cara-cara

  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.







Kuih keria yang ni, mas golekkan atas gula yang telah diblend halus, rasanya yang ni lebih sedap berbanding dengan cara masak sira gula yang mula-mula mas buat....

marvelousss.......


2 comments:

inazamri said...

akak suka yg gula halus tu...

``~Masliza Ali ~`` said...

memang sedap kak..... marvelouss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...