Sunday, April 29, 2012

Bingka Pisang





Bahan-bahan

  • 10 biji pisang
  • 2½ cawan santan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • Sedikit garam

 

Cara-cara

  1. Lecek pisang. Masukkan santan, tepung, gula dan garam, gaul sebati.

 Adunan yang telah siap untuk dibakar


  1. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak dan bakar hingga masak (ikut kesesuaian oven sendiri).
Taraa... Dah Siap !!!


jemput makan


Senang jer kan...........



Menu Hujung Minggu

Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh....





Minggu ni masak kerang rebus ngan air asam lagi....
Pagi ahad tadi, gi Pasar Awam kat kepala Batas, En suami tengok kerang besar-besar terus dia beli.....
Tapi kali ni masak ok la, dah tak melekat isi kat kulit kerang lagi dah.... belajar dari pengalaman lalu..... hehehe....

Bila masak kerang ni, teringat la pulak kat Alya, memang feveret dia la ni.
Tapi minggu ni Alya tak ada... Dia ikut Tok Dah Balik Kampung Pak Lang At, ada majlis Akikah anak Pak Lang kat Bagan Datok, Perak...

Minggu ni, tinggal bertiga jer la... Adik wafiy lak, mungkin boring agaknya tiada teman untuk bergaduh, bangun jer pagi, jam 12 tangahari tidur balik, petang lak jam 4 lebih tidur lagi..... kesian adik...



Kerang Rebus & Air Asam Lagi

Kerang Rebus & Air Asam lagi...........
resepi kat SINI











Friday, April 27, 2012

Citer Adik Wafiy..





 
semenjak 2 menjak ni, setiap malam balik ajer rumah, mas atau en. Suami akan tanya dan suruh alya watkan kerja sekolahnya...
tapi jarang sangat dia wat kerja sekolah kat umah di waktu malam, selalunya dia wat bagi abih kat umah tok lagi......

sebabnya mas penah sound kat dia... masa awal sekolah dulu, selalu dia nak wat homework dia kat rumah, tapi nanti, on the way nak balik rumah, dia dah lena dalam kereta. Sampai jer kat rumah, bila kejutkan dia, nanti dia akan meragam.... orang penang kata bebai....
sampai nangis-nangis la..... So mas pun, bisingla juga.....

Memang la kesian, nak kejutkan dia.. memang letih sangatla....
Pagi pegi sekolah sampai jam 1.00 petang. Balik umah tok, Pukul 2.00 petang lak pergi kelas fardu ain sampai jam 5.00 petang... Dah petang, nak main lak pula.... Hari Isnin sampai Rabu memang jadual dia cam tu.....
Kekadang tu, memang tok tak bagi main dah, balik kelas fardu ain, suruhnya watkan kerja sekolah.... Budak-budakkan.. biasalah sementara nak besar, macam2 karenahnya.... Duduk pula rumah tok, ada pula 2 orang sepupu.... hmmmm.. biasala kan, pelbagai la paelnyer...?

Berbalik cerita di peranggan pertama tadi....
sekarang ni jadi ikutan adik wafiy la pulak, bila balik jer umah....
“Adik nak wat eeja olah...” (Adik nak buat kerja sekolah)..
Nanti dia masuk bilik, amik beg sekolah alya yang lama, dalam beg tu penuh ngan buku apa ntah... dia bawa ke depan terus la wat "eja olah nya....."



 Topi yang dibuat oleh Alya, sempena hari kebangsaan..
masa pra sekolah dulu.




   



Nak buat peace...
tapi tak jadi la...

"Cer tengok,
 Ayong kamu dah belayar ntah kemana la........"



Monday, April 23, 2012

KUIH KERIA

 
Hari sabtu lepas, memang mood rajin la, sudah paginya wat Kek Coklat.. 

Untuk minum petang lak, mas wat kuih keria pula........

hahaha... syokkan kalau hari-hari cuti... Dapat dok rumah hari-hari... masak-masak pun sudah tentunya setiap hari.... rilex-rilex pun mau hari-hari jugak dan yang penting sekali sudah tentunya lagi-lagi best. p jalan-jalan pun mau hari-hari jugak, memang syiok giler ni wei..... Wa cakap lu....

Sudah tentunya Encik Suamiku mau gilernya hari-hari, mencari wang untuk dibelanjakan hari-hari........
hahahaha... sabar jer lahh....

 


Kuih keria yang terlalu meriah ngan gula..
Ini percubaan yang pertama..
banyak sangat la gulanya..
nak makan pun takut.....
nasib baik mas hanya buatkan separuh jer dengan cara yang tersebut.......


 

KUIH KERIA

Bahan-bahan

  • 500gm ubi keledek merah
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air

 

Cara-cara

  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.







Kuih keria yang ni, mas golekkan atas gula yang telah diblend halus, rasanya yang ni lebih sedap berbanding dengan cara masak sira gula yang mula-mula mas buat....

marvelousss.......


BROKOLI TUMIS AYAM DAN CENDAWAN


Ini pula masak untuk makan tengahari di hari Sabtu yang indah....
Hehe, mood rajin memasak ler....






BROKOLI TUMIS AYAM DAN CENDAWAN
Sumber : izahdaut

1-2 pokok brokoli
1 keping dada ayam di dadu
segenggam cendawan tiram – mas tak letak pun
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar *sederhana size
sehiris halia
sedikit kicap
sedikit sos tiram
1/2 sk pati ayam
1 /2 batang carrot
1/2 sb tepung jagung bancuh dengan sikit air – Mas tak letak juga....

Caranya:

1. Panaskan minyak untuk menumis bawang putih, bwg besar dan halia.
2. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan ayam.
3. Biar ayam masak, masukkan pati ayam, sos tiram dan kicap.
4. Masukkan brokoli kemudian sedikit air.
5. Bila brokoli sudah masak, masukkan cendawan kacau sebentar.
6. Dan akhirnya masukkan bancuhan tepung jagung.
7. Kacau2 sehingga sedikit pekat pada kuahnya dan angkat untuk dihidang.







Kek Coklat Moist Kukus



Hari Sabtu Kelmarin, awal-awal lagi dah menjalankan tugas rumah..... cehwah, rajin kan?

Bangun pagi, wat sarapan nasi goreng jer, En suami minta tapaukan untuknya, dah lewat dah, tak sempat makan pun......

Selepas En. Suami pergi kerja, mas pun kemas-kemas kat dapur, tengok dalam freez da susu HL, tengokla expired date dia, alamak esoknya la tarikh luput.... terus tengok bahan yang lain, dalam fikiran dok terbayang nak wat kek coklat kukus la... memandangkan bahan yang lain ada, terus adunkan kek coklat.............

Resepi : Kek Coklat Moist Kukus
Sumber : Munira Baharum, bakery2embroidery


Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak


Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* ayak bahan B sebanyak 3 kali


Bahan C
4 biji telur Gred B - blend hgga kembang/ berbuih


Cara-caranya



1.   Satukan semua Bahan A dalam periuk. Masak atas api perlahan. Kacau selalu. Masak hingga semua larut & sebati. Bila dh mendidih cikit, boleh la tutup api. Ketepikan & biarkan sejuk

2.   Panaskan periuk kukusan

3.   Masukkan Bahan B & Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang-seli. Kacau sebati setiap kali bahan dimasukkan. Tapiskan adunan jika nampak berketul2.  Adunan memang agak cair...





4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega/marjerin & telah dipanaskn terlebih dahulu. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kalau xde aluminium foil, penutup kukusan kena la balut ngn kain bersih supaya air x menitik atas kek semasa proses mengukus. Kukus selama 1 jam 15 minit








Kek yang sedang dikukus...



Maka terhasillah kek coklat kukus di pagi sabtu yang aman, tanpa diganggu oleh dua orang sikecil tu, Alya & Wafiy, depa tidoq semalam dah lewat, so pagi tu biasalah.........









memang sedap la kek ni, tapi kena ikut resepi dia betul-betul lah....
cuma kena kurangkan sikit minyak kot, sebab mas rasa berminyak sangat..
Alya pun kata sedap sangat kek ni, macam gel katanya, lembut sangat bila makan..........




Wednesday, April 18, 2012

Pelangi Lagi









Pelangi lepas hujan petang semalam...
Snap guna fon jer, otw balik kerja.......

Boleh lihat kat Sini  jugak

Ape-apelah Alya ni........



Semalam on the way balik rumah sambil bersembang ngan Alya, pas tu dia asyik membaca & mewarna buku dalam kereta. Comotla hasilnya, keta kan sedang bergerak.... pas dia bebel “ tak cantikla alya caler....”

pas tu dia membaca lak, abah pun menegurla pabila ejaan yang disebutkan tu tak betul..

abah :   Dah darjah satu pun, baca salah lagi..
            Abah dulu, darjah satu leh baca laju jer, rajin p sekolah..
            Dok pun kelas pun 1M, kalau x silap abah la..
            Masa abah dulu, ada 2 kelas jer, abah dok kelas no 1 la....

Alya :    Mana ada kelas 1 M! Kan Ibu kan?

Ibu :     Tu sekolah abah dulu, mana ibu tau abah dok kelas mana dulu?

Alya :    Macam mana lak Ibu tak tau! Kan Ibu yang dok antar abah dulu?

Abah :    Hehe.... ibu mana tau, ibu pun berhingus lagi masa abah gi sekolah dulu....


Kwang !!!!! kwang!! amik kau mas, jawab la...
agaknya alya fikir, macam sekarang ni kot, ibu ngan abah dok antar alya gi sekolah tiap-tiap hari...........


Thursday, April 12, 2012

Tak Keruan...


Kelmarin kan Mas gi beli susu Adik Wafiy kat Giant Perai, ada offer baru RM 18.50. memandangkan susu wafiy still ada stok kat umah, ibu jadi waras la, hanya beli 3 pax jer, itu pun nasi baik dia limit sampai 3 jer...

Kalau idak, bila ada offer jer susu wafiy, nanti ibu ngan abah akan jadi kurang waras disebabkan hanya limit 3 pax per famili. So nanti ibu akan bayar untuk 3 pax, kemudian abah lak 3 pax, pastu masuk lagi beli lagi 3 pax... cam tu la kalau ada offer.....

Semalam disebabkan awal lagi, kami round abih la satu giant tu, sekali lalu di bahagian mainan, sekali adik wafiy nampak basikal terus jadi tak keruan, bising jer jerit Ayong suruh naik basikal tu...

Ayong pun ikut jer cakap adik wafiy yang mengarahkan ayongnya jadi penumpang jap.......











Dia berlari sekeliling tu berkaki ayam jer, menjerit nak itu, nak ini... aduhhh, pening kepala ibu...

Dah abih  kat dalam tu, depa bising lak kat luar tu, nak main taman la, nak naik kerusi urut tu la.... alahai la anak... 





 Tengok gelagat adik wafiy tu,
siap panjat-panjat mainan tu, Seat tu kecik jer muat-muat untuk sorang jer, tapi dia paksa gak ayongnya dok ngan dia, kononnya, dia pandu alya penumpang la......  






Wednesday, April 11, 2012

Nasi Lemak Sambal Sotong









Hari ni Hari cuti.... syiokkk giler kalau cuti ni kan? Kalau hari-hari cuti alangkah bestnya.....


Semalam balik kerja singgah kedai, tengok ada sotong kering, terus rembat memandangkan En. Suami ngan Alya suka sangat makan sotong kering ni..
Hari ni bangun terus kerja kat dapur, sebab hari ni buat Nasi Lemak Sambal Sotong.

Resepi leh view kat SINI

Mas memang tak makan sotong kering, memandangkan Chenta Hatiku makan, ku rela hidangkan untuk santapan nya.... cheww wahhh... ayat tu.... hhahaha...


So hari ni, ingatkan kita makan nasi lemak jer sampai tengahari nanti, petang lak ingat nak gorengkan mee jer..

Tengahari tu, keluar pergi beli susu adik Wafiy, balik terus la berkampung kat Sungai 2, sebab Mak kepada Mak Lang Ina datang dari Bagan Datoh, so mas pun berkampung la kat situ......

Balik rumah pun dah pukul 8 malam.... nak wat per lagi, kemas rumah sikit-sikit, sidai baju yang dari pagi dok dalam mesin tu... tup.. tap.. tup.. tap... dah pukul 11 malam....
hmmmm, pe lagi tepuk-tepuk bantal tidor jer laa.....



Monday, April 9, 2012

Hasil Fotoshoot Alya...














Hasil piccas yang alya amik........
alya amik gambar pelangi petang semalam, pelangi ni muncul selepas hujan petang kelmarin....

Tetiba jer alya kalut cari camera, nak amik gambar pelangi katanya.......


oklah juga hasilnya..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...